Category Archives: Tempat menarik

5 Tip Mengelak Bilik Hotel Berhantu di Malaysia

Hampir semua hotel di berhantu. Tetapi beberapa cara mengurangkan peluang anda berjumpa dengan makhluk ini.

Bukan apa. Seperti anda, makhluk ini juga perlu katil untuk berbaring, cermin untuk bersolek dan sambungan internet untuk emel. Kalau dulu mereka cuma mengetuk bilik, kini mereka sudah pandai mendail telefon anda pada waktu malam.

Apabila anda datang ke bilik mereka dengan 3 anak yang asyik bergaduh, anda yang sebenarnya mengganggu mereka. Gunakan 5 tip hotel di bawah untuk mengurangkan peluang diganggu di hotel sewaktu cuti sekolah bersama anak-anak.

 

1. Elak Resort Terpencil

Amber Court

banyak resort di yang letaknya tersorok nun jauh di ceruk kampung. Contohnya Resort Tok Senik, Langkawi. juga hotel yang nun jauh di atas bukit seperti First World Hotel di Genting.

resort terpencil di yang selalu terjadi kes chalet misteri kerap terbakar. juga tapak markas tentera Jepun pada zaman perang dunia.

Mengapa anda pilih tempat sebegini? Mengapa pula pilih untuk bercuti di kawasan peranginan yang berhantu seperti Genting?

Hotel First World, Genting memang dikatakan berhantu sehingga ia diletak dalam senarai 15 hotel paling berhantu di dunia oleh Yahoo Travel.

lebih 6,000 bilik di sini. Dengan bilik sebanyak ini, dan dengan tetamu yang ramai, anda pastikah yang suara orang bergaduh dari bilik sebelah anda itu suara manusia? Dan bolehkah anda pastikan wanita tua menyapu koridor yang menyapa anda itu bukan hantu ?

Amber Court, Apartmen Ria dan penginapan lain di Genting juga terkenal dengan entiti yang suka mengacau. Bukan apa. Tempat itu tidak baik dan selalu diguna untuk benda tidak baik.

 

2. Jaga-jaga dengan Hotel Bersejarah

Hotel bersejarah adalah hotel yang lebih tua dari moyang anda. Contohnya hotel Cheong Fatt Tze dan E&O di Pulau Pinang serta hotel Majestic di Kuala Lumpur.

Hotel-hotel ini diminati kerana taraf 5 bintang dan gaya kolonialnya. Tapi, usia yang panjang juga menyebabkan bilik-bilik hotel ini menyimpan pelbagai peristiwa dan rahsia — tak kiralah bersejarah atau tragis.

Hotel Majestic Kuala Lumpur kini adalah hotel 5 bintang ternama di  Kuala Lumpur.

Hotel Majestic contohnya telah ditutup pada tahun 1984 sebelum dinaiktaraf dan dibuka semula selepas tiada penghuni selama 28 tahun.

Sewaktu Jepun kalah perang dunia, tentera Jepun yang membunuh diri dengan menusuk pedang mereka ke badan sendiri di hotel ini. juga orang-orang Inggeris yang sangat suka tinggal di sini sehingga mereka meninggal dunia di dalam bilik di hotel.

Sewaktu ia ditutup, kakitangan KTM dikatakan sering melihat kelibat lelaki berpakaian Jepun memandang jauh ke arah jalan melalui tingkap salah satu bilik di situ.

 

3. Jika Bilik Penuh, Cari Saja Hotel Lain

Peluang anda bertemu si penunggu cukup tinggi jika anda datang ke satu resort dengan tergesa-gesa, tanpa tempahan, pada waktu malam — dan kemudian marah-marah bila diberitahu tiada lagi bilik kosong.

Kerana tidak tahan dengan perangai anda, akhirnya, selepas beberapa minit mengetuk keyboard komputer, staff hotel itu berkata pada anda, “Jika encik tidak kisah, kami satu bilik untuk encik.”

Tahniah! Anda baru saja menempah tiket vip untuk berjumpa hantu di bilik nanti.

Di dalam hampir semua hotel, bilik yang ditutup untuk tempahan. Kadangkala, bukan satu atau dua bilik. Tapi satu tingkat ditutup untuk tetamu. Bilik-bilik ini selalunya tempat kes ngeri, tempat kerap dijumpai makhluk halus atau tempat di letaknya patung2 keagamaan orang Cina yang di simpan untuk membuang sial atau makhluk halus di hotel.

Jika penyambut tetamu katakan pada anda yang bilik sudah tiada, mengapa pula selepas beberapa minit mengetuk keyboard, dia akhirnya terjumpa dengan bilik kosong?

Anda susahkan dia. Kini giliran anda pula untuk susahkan.

 

4. Bilik Pelik? Minta Yang Lain

katil berselerak

Tanda awal yang bilik anda dihuni makhluk lain ialah bila anda masuk, bilik anda berbau pelik, berselerak, atau sejuk dari biasa.

juga yang tidak berselerak. Cuma bila anda pertama kali masuk, anda lihat lantai basah seperti orang yang baru keluar dari bilik air.

Mungkin bahagian housekeeping kekurangan staff hari itu. Tapi amat jarang bilik diberi tanpa diperiksa dahulu.

Jika anda masuk dan bilik anda berselerak teruk — contohnya selimut di lantai, pintu almari ternganga, atau daun-daun kering berterabur di bilik, jangan tunggu lagi.

Walaupun apa alasan yang diberi pihak hotel, minta bilik lain. Bukan apa, tetamu tak diundang mungkin muncul pada malamnya.

 

5. Adab Bila Senja

Sebelum senja, ajak anak masuk. Jangan lagi biar mereka mandi-manda dan menjerit-jerit di kolam renang.

Bila tiba senja, tutup saja langsir tingkap dan balkoni. Terutama jika balkoni bilik anda menghadap laut atau pokok-pokok kelapa yang menjulang tinggi.

Memanglah angin laut waktu senja sejuk dan mengasyikkan. Tetapi banyak kes makhluk yang mengacau terbang masuk melalui balkoni.

Ini kisah seorang tetamu sebuah hotel tepi laut seperti yang diceritakan dalam thread mengenai hotel berhantu di forum Cari.

Our room facing the sea. balcony. Memalam nak tido, aku ni tah aper je gi bukak sliding door. Biar open. Angin masuk best je.

Tengah aku best renung2 laut try nak tgk lautan waktu malam (walhal mmg gelap takkan nampak), tetiber kain sangkut kat muka aku. Aku ok lagi. Aku tolak tepi coz for sure langsir — coz aku diri dekat ngan langsir. Pastu kain serkup muka aku lagi. Aku tolak lagi until aku sedar. Kain tu kain putih. Then aku dah gigil. Aku undur aku pusing je — perempuan diri depan aku tapi tak show muka. Cuma rambut panjang sampai lantai — ketawa. Terus pengsan. Sedar2 kwn aku dah balik. Aku diam je. Esok pagi terus checkout. Tak sanggup aku.”

(nota: Petikan telah di edit tatabahasanya)

Sebenarnya, banyak hotel yang berhantu di . Di tempat lain di seluruh dunia pun begitu. Malah, kemungkinan juga hotel yang baru anda tempah pun makhluk tak diundang.

Apapun, kami harap anda kini lebih bijak memilih bilik. Jika anda ternampak kertas di kaunter -in yang tertulis “Jangan jual bilik-bilik di bawah, melainkan jika pelanggan mendesak”, kini anda tahu mengapa.

Anda tips lain? Atau pengalaman di kacau hantu di hotel ? Jom share!

 

 

kredit kpd ww.jomjalan.com.my/blog

Published by:

7 Hotel Murah Pilihan di Cenang

hotel bajet di cenang langkawi

Di Langkawi, hotel di Pantai Cenang adalah pilihan pertama di kalangan pelancong. Anda tinggal dekat dengan pantai, mudah mencari tempat makan dan cukup senang untuk ke mana-mana. Berikut adalah 7 hotel murah pilihan kami di pantai Cenang.

 

1. Malibest Resort

malibest resortHarga Bilik : dari RM 135

Jika anda dapat menginap di Malibest, lokasinya pasti mengagumkan. Anda hanya beberapa langkah sahaja dari pantai, restoran dan pelbagai kedai di sini.

Bilik dan katilnya besar, dan restoran hanya di seberang jalan. Jika anda mendapat bilik menghadap laut, anda akan tidur dengan deru ombak dan pemandangan indah dari dalam bilik.

Sayangnya, perabot di Malibest sudah lama, dan peluang untuk anda berjaya mendapatkan bilik cukup tipis. Tempah beberapa bulan awal jika mahu tidur di sini.

 

2. Easy Hotel

easy hotelHarga Bilik : dari RM 125
Jika anda datang dengan keluarga besar, bilik di sini memang ideal kerana ia bukan sahaja boleh memuatkan katil kelamin, tapi juga tambahan katil jika perlu.

Perabot dan kemudahannya agak lama. Akan tetapi tahap kebersihannya lebih baik dari kebanyakan hotel di Cenang.

Hotel ini tersorok sedikit dari jalan utama dan berada di seberang pantai. Jadi tiada pemandangan laut yang cantik dari tingkap anda.

Tapi lokasinya masih  strategik dan harganya cukup berpatutan untuk bajet sebuah keluarga kecil.

Peluang mendapat bilik? Lebih baik dari kebanyakan hotel di sini.

 

3. Adina Drive In Motel

adinaHarga Bilik : dari RM 150

Untuk mereka yang berkeluarga, mungkin agak sukar mencari penginapan bajet di Cenang dengan harga di bawah RM 180 untuk 4 orang.

Tapi Adina Drive In Motel ada hampir semua yang anda inginkan. Ia tidak berada di jalan besar, jadi suasananya lebih tenang dan selamat untuk anak kecil. Ada kolam renang untuk anda beristirehat, manakala pantai juga dalam jarak jalan kaki.

Pendek kata jika anda datang dengan pasangan dan ada 2 anak kecil, ini antara penginapan yang kami syorkan untuk anda.

 

4. Pondok Muara Chalet

pondok muaraHarga Bilik : dari RM 110
Bilik di Pondok Muara Chalet lebih baik dari kebanyakan motel dan chalet murah di kawasan Pantai Cenang.

Akan tetapi, ia bukan di tepi pantai. Anda perlu berjalan kira-kira 15 minit atau memandu sekitar 5 minit untuk ke pantai.

Tapi jangan gusar. Harganya lebih murah dari kebanyakan penginapan di Cenang dan dengan pemandangan sawah padi, anda akan dapati ia antara pilihan yang menarik yang ada di kawasan ini.

 

5. Landcons Hotel

landconsHarga Bilik : dari RM 110
Landcons Hotel yang mempunyai lebih 50 bilik adalah antara hotel murah utama di kawasan Cenang.

Anda perlu melintas jalan untuk ke pantai. Akan tetapi, Underwater World Langkawi serta kedai makan dan lain-lain cukup dekat dengan hotel ini.

Dan untuk sebuah penginapan bajet, anda juga mendapat bonus kolam renang di dalam kawasan hotel — ideal untuk mereka yang datang dengan anak kecil.

Sayangnya penginapan ini tidak menyediakan sarapan.

 

6. Cenang Memories Motel

cenang memoriesHarga Bilik : dari RM 160

Motel ini dalam jarak 20 minit jalan kaki ke Pantai Cenang. Jadi jika anda betul-betul ingin menginap di tepi pantai, ia bukan motel yang ideal.

Akan tetapi, bilik di sini memang dibuat untuk keluarga. Sebuah bilik keluarga boleh memuatkan 4 orang, dan bilik datang dengan balkoni.

Pemiliknya lebih mesra pengunjung dan trip island hopping dan skuter boleh ditempah di sini melalui beliau.

 

7. Fave Hotel

fave hotelHarga Bilik : dari RM 180

Kami tutup hotel bajet pilihan kami di Cenang dengan Fave Hotel.

Jika anda datang untuk bulan madu dan inginkan hotel baru, moden dan bersih, pilihlah Fave hotel.

Akan tetapi harganya agak premium (walaupun ianya dahulu tidak semahal ini) dan kurang sesuai jika anda lebih banyak menghabiskan masa di luar dari di dalam bilik.

Jika anda menempah dengan sarapan, anda boleh memilih sarapan Barat atau Timur. WIFI percuma, kolam renang tersedia dan kedai kopi ada di dalam hotel untuk keselesaan anda.

Nah! Sekarang yang mana satu pilihan hati?

 

 

kredit kpd http://www.jomjalan.com.my/blog/

Published by:

Kereta Kabel Bertukar ke bilik hotel

output_biRJ2g

Suatu yang luar biasa “Kereta Kabel Bertukar ke bilik hotel”.

Sebuah kereta kabel dengan pemandangan yang menakjubkan ke sebuah resort ski terkenal adalah untuk diubah ke bilik hotel yang paling indah di dunia.

Digantung 2,700 meter di atas Courchevel di Perancis, kereta kabel Saulire akan menjadi penginapan mewah untuk satu malam sahaja. Selepas mendaki lereng ski dengan kereta salji, empat kabin tetamu kemudiannya makan malam di Savoyard dan biasanya mereka di hidang keju fondue sebelum bermalam di dalam kereta kabel.

outputGZ

Published by:

Krabi destinasi cantik dan menenangkan jiwa

Apa Maksud Krabi?

Krabi (Thai: กระบี่) adalah sebuah bandar sederhana besar di pantai barat selatan Thailand di muara Sungai Krabi di sekitar Phang Nga Bay. Bandar Krabi mempunyai penduduk sekitar 25,000 orang. Bandar ini adalah ibu kota Wilayah Krabi dan Daerah Krabi. Industri pelancongan merupakan industri penting di Krabi dan hampir 90 peratus penduduk di Krabi bergantung kepada industri pelancongan.

 

     outputGZ

Aktiviti dan Tempat Menarik Di Krabi, Thailand

elephant ride krabi

1. Khao Panombenja : Menunggang Gajah

Tempat menarik di Krabi untuk menunggang gajah. Tempat ini tidak jauh dari Krabi dan ia juga senang akses. Anda boleh dapatkan pakej yang berpatutan untuk ke Khao Panombenja untuk aktiviti menunggang gajah. Di samping itu, di sini ada aktiviti lain yang boleh anda turut buat seperti ATV Ride dan Elephant Show. Pakej untuk Elephant Ride ini bermula dari 800 Baht untuk dewasa dan 400 Baht untuk kanak-kanak.

2. Ao Thalane : Menunggang Kuda

Jika anda minat menunggang, anda boleh cuba aktiviti menunggang kuda di Ao Thalane atau sebenarnya boleh juga menunggang di tepi pantai sekitar Krabi. Ada banyak kuda yang disediakan dan pakej menunggang kuda ini sekitar 500 Baht selama 30 minit menunggang kuda.

3. Emerald Pool Dan Hot Spring
Kolam Biru Air Panas Di Krabi

Dua kolam ini memang menjadi tarikan utama jika ke Krabi. Ia sememangnya tempat tempat menarik di Krabi. Bayangkan anda dapat berendam di dalam kolam yang cantik airnya, berwarna biru umpama kristal yang sangat menakjubkan. Selepas ini, menuju ke Kolam Air Panas Hot Spring Krabi yang sememangnya punyai pemandangan yang indah. Pakej ke sini biasanya berharga dari 1,000 Baht setiap seorang


Phi-Phi-Snorkeling  krabi2
4. Snorkeling Di Pulau Krabi

Banyak lokasi yang boleh anda pilih jika ke Krabi. Ada banyak tempat menarik dan tumpuan yang terkenal di Krabai untuk aktiviti snorkeling jika di Krabi antaranya Pha Nga Bay, Ao Nang Beach, Koh Ha, Koh Yawabon, Koh Dor, Koh Talu and banyak lagi.

    krabi night market        krabi night market 2
5. Krabi Night Market

Untuk tumpuan pelancong semasa di darat, anda boleh jalan-jalan kaki ke Pasar Malam Krabi. Kat sini memang banyak barang yang dijual dengan harga yang lebih murah . Untuk Muslim, jangan risau, di sini juga banyak gerai menu masakan asli Thai yang Halal. Sebab itu, Krabi juga terkenal dengan tempat menarik untuk makanan Halal.

output_biRJ2g

6. Krabi Crab Statue

Sudah pasti lokasi wajib anda singgah ialah Krabi Crab Statue yang terletak di kawasan tengah bandar Krabi. Ia terletak di tepi tebing Muara Sungai Krabi dan ia memang mudah untuk di akses oleh sesiapa sahaja samada naik Tuk Tuk atau berjalan kaki sahaja.

Published by:

Cerita tentang Seoul, Korea Selatan

Seoul ialah ibu negara dan bandar raya terbesar Korea Selatan, dan juga salah sebuah bandar raya terbesar di dunia dengan lebih 20 juta penduduk.  Kawasan Ibu Negara Seoul ialah kawasan metropolitan kedua terbesar di dunia dengan lebih 24.5 juta penduduk, termasuklah metropolis Incheon dan sebahagian besar wilayah Gyeonggi.  Hampir separuh penduduk Korea Selatan tinggal di Kawasan Ibu Negara Seoul, dan lebih kurang satu suku di Seoul sahaja, menjadikannya pusat ekonomi, politik dan kebudayaan terutama di negara ini.

Oak Valley Ski Resort

Seoul sudah sekian lama menjadi petempatan manusia yang utama sejak pengasasannya sekitar tahun 18 SM, apabila salah sebuah daripada Tiga Kerajaan Korea, iaitu Baekje, menubuhkan ibu kotanya di kawasan yang kini diduduki oleh Seoul tenggara. Ia kekal sebagai ibu kota negara Korea sepanjang Wangsa Joseon dan Empayar Korea. Di Kawasan Ibu Negara Seoul letaknya empat Tapak Warisan Dunia UNESCO: Changdeokgung, Kubu Hwaseong, Kuil Jongmyo dan Kuburan Diraja Wangsa Joseon.

Kini, Seoul dianggap sebagai sebuah bandar raya global peneraju yang dinilai di kalangan sepuluh bandaraya global terunggul di Indeks Bandar Raya Global 2010.  Ia merupakan salah sebuah pusat kewangan dan perdagangan terunggul di dunia, dan pangkalan bagi berbilang syarikat konglomerat multinasional seperti Samsung, LG dan Hyundai-Kia. Pada tahun 2008, Seoul dinamakan sebagai bandaraya yang keenam paling berkuasa dari segi ekonomi oleh majalah Forbes.

Seoul-Cityscape-South-Korea-

Seoul menikmati prasarana yang amat canggih dari segi teknologi.  Digital Media City di Seoul merupakan kompleks pertama di dunia untuk pembuatan aplikasi IT dan multimedia.  Seoul menjadi bandaraya pertama yang menggunakan DMB, sejenis teknologi televisyen mudah alih digital, dan WiBro, sejenis perkhidmatan internet mudah alih tanpa wayar berkelajuan tinggi. Ia mempunyai rangkaian jalur lebar gentian optik yang pantas, dijangka dinaik taraf menjadi 1Gbps pada tahun 2012.  Stesen Seoul menempatkan tren berkelajuan tinggi KTX sepantas 350 km sejam; dan Seoul Subway adalah sistem metro ketiga terbesar di dunia, dengan mengangkut lebih 200 juta penumpang setahun. Seoul dihubungkan melalui AREX ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon yang pernah dinilai sebagai lapangan terbang terbaik oleh Airports Council International.

 

Published by:

Asal usul Pulau Jeju, Korea Selatan

Pulau Jeju (Jeju-do) adalah pulau terbesar di Korea dan terletak di sebelah selatan Semenanjung Korea. Pulau Jeju adalah satu-satunya wilayah berautonomi khusus Korea Selatan.

aaaaaaaa

Terletak di Selat Korea, sebelah barat daya wilayah Jeolla Selatan, yang dahulunya merupakan satu wilayah sebelum terbagi pada tahun 1946. Ibukota Jeju adalah Kota Jeju (Jeju-si).

Topografi Pulau Jeju terbentuk sekitar 2 juta tahun lalu oleh aktivati gunung berapi. Di tengah-tengah pulau muncul Hallasan (Gunung Halla), gunung tertinggi di seluruh Korea (1.950 m). Pulau ini bercuaca hangat sepanjang tahun dan pada musim dingin jarang turun salju, sehingga tanaman-tanaman yang tumbuh di daerah hampir bertropika ini amat bertahan hidup.

Pulau Jeju dipanggil Samdado, “Pulau yang Berlimpah dengan Tiga Hal” yaitu, bebatuan, wanita dan angin]. Kerana memiliki keindahan alam dan kebudayaan yang unik, Pulau Jeju adalah salah satu objek pelancongan yang  paling terkenal di Korea. Dalam catatan sejarah, Jeju disebut dalam berbagai nama, mulai dari Doi, Dongyeongju, Juho, Tammora, Seomna, Tangna atau Tamra.

Kota pelabuhan terdekat Jeju dengan daratan utama Korea adalah Mokpo, wilayah Jeolla Selatan. Panjang garis pantai 253 km, luas keseluruhan 1.825 km². Suhu di Jeju dapat berbagai, mulai dari suhu tropika  sampai hampir bertropika. Suhu rata-rata per tahunnya adalah 14,6° C dan 4,7° di musim dingin. Kepelbagaian flora yang tumbuh di Jeju sangat berbeza dengan yang ada di Semenanjung Korea. Kerana iklimnya yang baik, pulau ini ditumbuhi lebih dari 1.700 jenis tanaman, sehingga Jeju dipanggil sebagai “Pulau Botani” kerana kekayaan flora(tumbuh-tumbuhan).

Selama berabad-abad, penduduk Pulau Jeju dipanggil sebagai yukgoyeok (“enam jenis pekerja keras”) yang merujuk kepada warga yang mengerjakan berbagai pekerjaan sulit dan berat untuk hidup, seperti mencari abalon dan kerang dengan cara menyelam ke dasar laut, membangun pelabuhan, berternak, membuat kapal dan bertani. Seringkali mereka diugut demi membayar ufti kepada orang berpengaruh di ibukota. Bencana alam seperti kemarau dan angin taufan juga sering mengakibatkan kebuluran yang mengorbankan banyak jiwa.

Peristiwa paling bersejarah bagi rakyat Jeju adalah insiden berdarah pada waktu pembentukan Republik Korea pada tahun 1948 sampai saat Perang Korea (1950-1953) dimana banyak warganya disiksa kerana dianggap sebagai sarang pemberontak atau pengikut komunis. Kerana mengalami kehidupan yang keras oleh tekanan orang berpengaruh, warga Jeju dikenal sebagai orang-orang yang tabah dan mampu bertahan dalam situasi yang sulit. Rakyat Jeju menyatakan tentang kehidupan mereka dengan ungkapan:

Kebahagiaan itu kecil seperti butir pasir, sementara kesedihan itu sebesar batu karang  

jeju-island

Sedikit cerita tentang perjalanan kami semasa di Pulau Jeju, hanya dengan menyewa kereta untuk memudahkan kami bergerak menghayati keindahan Pulau Jeju ini.  Melalui Taman Negara Hallasan, puncak gunung tidak kelihatan kerana suasana berkabus.  Di pulau yang terdapat permandangan yang amat menarik seperti di air terjun Cheonjeyeon, Cheonjiyeon dan Jeongbang benar-benar mengujakan perasaan kami.  Suasana yang segar dan aman damai sambil menikmati permandangan yang indah, kami seterusnya ke Taman Botani Yeomiji.  Tidak ketinggalan kami melawat Gunung Sambangsan d mana terdapatnya senuah kuil Buddha di lereng gunung tersebut, berhampiran kawasan itu adalah Pantai Yeongmeori yang terdapat replika kapal belanda bernama Hamel yang pernah terdampar di perairan tersebut pada tahun 1653.   Jelajah ini terlalu bermakna kami tidak ketinggalan ke tempat seterusnya iaitu Puncak Matahari terbit, merupakan kawah gunung berapi setinggi 82 meter

Published by:

Berkunjung ke Vietnam

Musim cuti sekolah ini pasti ramai bersorak riang kerana tiket penerbangan ke destinasi percutian bakal bertemu tarikh berlepas.

Bagi yang mempunyai bajet besar, mungkin negara empat musim menjadi pilihan utama kerana lebih meriah dengan sambutan Krismas.

Namun, yang menyimpan bajet sederhana, tentu memilih percutian ringkas dalam negara atau lokasi popular seperti Indonesia, Thailand, Vietnam atau Singapura.

Tidak kira besar atau kecil bajet anda, perkara penting sebelum memulakan perjalanan ialah pengetahuan asas mengenai lokasi hendak dituju.

Ikuti perkongsian tempat menarik yang wajib dikunjungi sekiranya tiket penerbangan anda dijadualkan ke Ho Chi Minh City (HCMC), Vietnam!

Ben Thanh Market

Pasar ini cukup popular dalam kalangan orang Malaysia dan menjadi lokasi tumpuan utama untuk membeli-belah. Kedudukan pasar ini sangat strategik iaitu terletak di tengah bandar dan dikelilingi banyak hotel.

Barangan di sini sangat murah dan sesuai untuk dibeli secara borong bagi tujuan perniagaan. Kebanyakan orang Malaysia ke sini untuk mendapatkan kain ela, telekung, tudung dan aksesori unik.

Lebih menarik, pasar ini menawarkan perkhidmatan membuat baju melayu, jubah, baju kurung, baju vietnam dan sut. Semua tempahan disiapkan dalam tempoh 24 jam dan dihantar terus ke hotel anda dengan harga yang sangat berpatutan.

Ben Thanh Night Market

Pasar malam Ben Thanh biasanya bermula jam 7 malam di sekeliling Ben Thanh Market. Barangan dijual di sini hampir sama dengan Ben Thanh Market, namun lebih murah jika anda pandai tawar-menawar.

Jika merancang untuk membeli cenderahati, dompet bermanik, aksesori, seluar jeans, baju-T atau pakaian kanak-kanak, elok dapatkan semuanya di sini.

Begitupun, jika tidak serius hendak membeli, usah cuba tawar-menawar kerana peniaga di pasar ini mungkin bertindak kasar atau memarahi anda.

Dong Khoi Street

Ketika zaman kolonial Perancis, kawasan ini dikenali sebagai Rue Catinat dan bertukar kepada Tu Do pada 1960-an.

Ia dibangunkan semula sebagai pusat komersial di Saigon yang menyaksikan persaingan antara butik tempatan dengan jenama antarabangsa.

Kini, Dong Khoi Street popular sebagai kawasan paling ‘sofistikated’ dan disukai orang tempatan serta pelancong asing. Banyak gerai menjual barangan hiasan dalaman rumah di sepanjang jalan ini.

Saigon Opera House

Satu daripada mercu tanda paling menonjol di bandar raya Ho Chi Minh adalah Saigon Opera House. Ia dibina pada 1897 oleh arkitek Perancis Eugene Ferret.

Pada 1955, binaan ini melalui beberapa proses pengubahsuaian sebelum berfungsi sebagai South Vietnam’s Assembly House.

Ia hanya dibuka kepada orang ramai pada acara tertentu dan tiket boleh didapati di District 1, Saigon.

Begitupun, pelancong lebih suka merakamkan foto peribadi kerana keistimewaan bangunan itu yang menjadi sebahagian contoh seni bina kolonial Perancis.

Masjid Jamia Al Muslimin

Masjid ini dibina pada 1935 untuk jemaah Islam dari selatan India. Ia menjadi tumpuan setiap kali waktu solat Jumaat.

Terletak di HCMC District 1, masjid ini dikelilingi penjual makanan halal seperti kari, biskut dan roti.

Terowong Chu Chi

Kata orang, tidak lengkap berkunjung ke Vietnam jika tidak melawat kawasan medan peperangan yang menjadi saksi warga Vietnam menentang penjajah iaitu Terowong Chu Chi.

Anda boleh turun ke terowong bawah tanah yang sempit ini dan merasa sendiri pengalaman tentera Vietnam ketika zaman perang.

Selain itu, pengunjung juga boleh menguji kebolehan menembak dengan mencuba senapang yang digunakan pada zaman berkenaan.

Pasar Terapung Cai Rang

Berkunjung ke Pasar Terapung Cai Rang di Can Tho, Sungai Mekong membuka ruang kepada anda untuk melihat uniknya suasana yang menangkap deria penglihatan, bau, rasa dan pendengaran.

Semua yang ada di sini pasti membuatkan anda teruja.

Pasar Terapung Cai Rang menonjolkan kerancakan urus niaga barangan dari satu bot ke bot lain.

Uniknya, pedagang mempamerkan jenis dagangan mereka dengan menyangkutkan barangan contoh pada tiang buluh di hujung bot sebagai petunjuk kepada bakal pembeli.

Delta Mekong

Delta Mekong adalah antara lokasi yang perlu dikunjungi di Vietnam. Jika melancong secara pakej, pasti pemandu pelancong membawa anda ke beberapa kampung di kawasan delta sungai yang menjalankan perusahaan kecil seperti madu dan gula-gula kelapa.

Selain itu, mereka juga menjual hasil buah-buahan terus dari kebun seperti longan, rambutan, ciku, manggis dan durian.

Banyak lagi lokasi menarik boleh anda kunjungi di Vietnam, tetapi bergantung kepada minat masing-masing.

Usah bimbang jika anda melancong sendirian kerana HCMC adalah lokasi tumpuan ramai pelancong dari Malaysia. Beberapa restoran halal juga bercirikan masakan Melayu. Namun, hati-hati dengan penyeluk saku.

Saigon-Vietnam

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15188#sthash.5XRU0ZdS.dpuf

Published by:

Greece destinasi bulan madu

 

 

Greece bukanlah negara yang tersenarai dalam jadual rancangan kembara saya. Peluang mengunjungi Greece buat julung kali baru-baru ini telah menambahkan kenangan dalam hidup saya sementelah Greece merupakan negara bersejarah yang penuh dengan perkembangan dan perdebatan tentang asal usul ilmu falsafah di dunia.

 

Saya menaiki penerbangan Qatar Airways kerana Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) tidak menyediakan penerbangan terus ke Athens, ibu negara Greece.

 

Penerbangan ini mengambil masa tujuh jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk singgah (transit) di Doha dan meneruskan perjalanan lima jam setengah lagi untuk tiba di lapangan terbang Athens-Venezelos.

 

Greece terletak di sebelah selatan Eropah Barat dan menjadi lokasi pertemuan antara Benua Eropah, Asia dan Afrika. Greece mempunyai keluasan 131,000 kilometer (KM) persegi dan terdiri daripada lebih 6,000 buah pulau.

 

Greece menjadi tumpuan jutaan pelancong pada setiap tahun kerana keindahan dan keunikan pulaunya yang terletak dalam lingkaran Laut Ionian dan Aegean.

 

Pertemuan kedua-dua laut ini memberikan cuaca dan suhu yang nyaman kepada Greece pada sepanjang tahun walaupun pada musim panas.

 

Memang benar jika dikatakan Greece ialah negara yang menggamit pengunjung untuk berbulan madu!

 

Athens ialah ibu negara Greece dan merupakan bandar terbesar dengan jumlah penduduk sekitar tiga juta orang. Athens mendapat gelaran sebagai ibu negara bagi benua Eropah sejak tahun 1834. Athens bermula dengan sejarah sistem pemerintahan rakyat, diikuti dengan sistem monarki beraja dan seterusnya sistem demokrasi.

 

Pada masa ini, ekonomi Greece sedang dipulihkan akibat rasuah yang memuncak pada tahun 2012. Greece mula menggunakan mata wang Euro pada tahun 2002.

 

Bulan Ogos ialah musim panas di Greece tetapi hampir segenap pelosok bandar Athens dipenuhi pelancong. Athens mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

 

Kesan sejarah peninggalan Akropolis ataupun kota kubu yang terletak di tengah bandar Athens dapat dilihat dari semua arah di bandar itu. Kota ini terletak 156 meter tinggi di atas bukit yang berbatu dan dibina sejak tahun 448 SM.

 

Berada di Athens mengingatkan saya kepada zaman Greek yang melahirkan ramai pakar sejarah yang membahaskan falsafah ilmu seperti Socrates, Plato, Pyhtagoras dan Hipocrates.

 

Kawasan di kaki bukit Acropolis seperti Syntagma dan Lykavittos adalah kawasan yang sibuk dengan aktiviti membeli-belah seperti flea market yang terletak di kawasan kota Plaka dan deretan kedai mewah seperti Louis Vitton, Burberry, Mark & Spencer, Esprit, Rolex dan lain-lain.

 

Banyak kedai yang menjual gajet seperti peralatan telefon bimbit Samsung dan i-Phone.

 

Saya berkesempatan meneroka kawasan arkeologi Delfi yang terletak lebih kurang 180km di luar bandar Athens.

 

Peninggalan sejarah yang beribu tahun ini masih dipelihara dan merupakan kawasan warisan dunia. Delfi terletak di puncak bukit Parnassos.

 

Bukit-bukit kecil di sini dipenuhi dengan pokok zaitun yang menjadi tanaman utama di Greece selain kapas. Kita boleh membeli minyak zaitun yang asli dengan harga 3.5 euro per liter.

 

Cuaca yang agak panas memancarkan warna daun zaitun yang sangat mempesonakan iaitu hijau keperakan di seluruh bandar Athens.

 

Teringat saya, zaitun ialah tanaman syurga. Selain itu, Greece ialah negara pengeksport kain dan kebanyakan tanaman pada musim panas ialah kapas.

 

Antara kain keluaran Greece yang terkenal ialah kain linen. Greece juga terkenal dengan pengeluaran kasut sandal daripada kulit.

 

Pada hari yang berikutnya, saya dan rombongan menaiki kapal layar (cruise) yang menelusuri tiga buah pulau yang sangat cantik, iaitu Poros, Hydra dan Aegina yang terletak di Selat Saronic.

 

Pelbagai daya tarikan yang ada di pulau ini. Pengunjung boleh menikmati makanan tradisi Greek, iaitu salad buah-buahan dan beraneka roti dan pastri. Selain itu banyak kedai yang menjual cenderamata.

 

Bagi pengunjung yang suka berenang, ketiga-tiga buah pulau ini sesuai untuk aktiviti tersebut. Di sepanjang perjalanan ini, saya tertarik dengan air laut yang sangat bersih yang terpancar dalam pelbagai warna.

 

Perubahan warna air laut yang biru kehijauan, biru, biru laut dan biru kehitaman. Sepanjang berada dalam pelayaran ini, pengunjung terasa diusap angin yang sejuk dan dingin, amat sesuai bagi pasangan yang berbulan madu.

 

Bandar Athens selamat bagi pengunjung kerana kita boleh mendapatkan bantuan polis bandar raya di hampir semua tempat.

 

Saya dapat melihat banyak anjing jenis Belgian diletakkan di tempat tumpuan pelancong seperti di dataran Syntagma, Plaka dan Monastiraki.

 

Peminat sejarah tentunya amat berpuas hati kerana terdapat lima buah muzium yang menyimpan khazanah serta artifak peninggalan sejarah Greek.

 

Muzium yang terkenal ialah National Archaeological Muzium dan Muzium Akropolis yang terletak di Athens. Bandar Athens juga amat terkenal dengan tarikan lukisan grafiti yang pelbagai rupa, warna dan bentuk.

 

Kunjungan ke Greece ini memberikan suntikan baru kepada saya kerana perkembangan tamadun ilmu selari dengan pembangunan komunitinya.

 

Hampir semua tempat yang saya lawati di Athens adalah bersih serta melambangkan erti pembangunan yang perlu diterajui oleh rakyatnya.

 

Kehadiran empat musim, iaitu sejuk, panas, dingin dan gugur mengajar penghuninya menghargai kurniaan semula jadi dengan menjadikannya sebagai tarikan, hampir 16 juta pengunjung seluruh dunia ke Greece sepanjang tahun.

 

Greece bukan sahaja destinasi bulan madu bahkan lebih daripada itu! Parakalo.


 See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/pelancongan/greece-bukan-hanya-destinasi-bulan-madu-1.16874#sthash.QYoMoP51.dpuf

Published by:

Kota Raya Pilihan Pelancong

 

Berikut adalah senarai 10 kota roya pilihan utama pelancong dunia yang dikeluarkan oleh portal MSN Travel.com 2014. Jom kembara bersama bagi mengetahui lebih lanjut kelebihan yang menjadikan sebab utama mereka dipilih sebagai Top10 pada anugerah tahunan anjuran laman panduan pelancongan terkemuka TripAdvisor.

 
1. ISTANBUL, TURKI
Sebuah negara yang memiliki dua benua antara timur dan barat dipenuhi bangunan seni bina tradisional ini berjaya menjadikannya sebagai bandar raya yang wajib dikunjungi. Lokasi yang mesti dilawati dan tidak wajar dilepaskan begitu sahaja ialah Grand Bazaar yang telah dibuka sejak tahun 1460-an lagi.
 
2. ROM, ITALI
Ibu kota Itali ini bukan sahaja penuh bersejarah malah mempunyai tempat-tempat yang dianggap istimewa sehingga berjaya menarik tumpuan pelancong dunia. Antaranya Trevi Fountain dan Gereja Sistine. Disebabkan itu, Rome berjaya menduduki tempat kedua pada tahun ini berbanding keempat pada tahun sebelumnya.
 
3. LONDON, ENGLAND
Merupakan antara kota ikon kepada benua Eropah dan masih amat popular untuk dilawati pelancong. Antara tempat bersejarah yang menarik minat pelancong dunia untuk dikunjungi ialah Menara London, Tower Bridge, Benteng Windsor, Sungai Thames, Menara Big Ben, ‘Shakespeare’s Globe Theatre’, ‘Hampton Court Palace’ dan Istana Kensington. Ditambah, kegilaan peminat bola sepak di seluruh dunia terhadap populariti kelab Liga Perdana Inggeris berjaya mengekalkan London di tangga ketiga selama dua tahun berturut-turut.
 
4. BEIJING, CHINA
Kota Larangan atau lebih dikenali sebagai ‘Forbidden City’ yang menjadi istana dan pusat pentadbiran zaman feudal China selain Kuil Syurga (Temple of Heaven) serta memiliki lebih daripada 100 buah muzium tumpuan dunia itu meletakkan ibu negara China yang mempunyai penduduk kedua terbesar selepas Shanghai kira-kira 21 juta orang ini di tempat keempat.
 
5. PRAGUE, REPUBLIK CZECH
Dipilih sebagai Top10 kerana kekayaan negara tersebut terhadap nilai budaya dan kehidupan tradisinya. Banyak tempat bersejarah di sini menjadikannya dipilih sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Buat pengetahuan semua, sepanjang tahun lalu sahaja, kota ini telah berjaya menarik kehadiran lima juta pelancong antarabangsa.
 
6. MARAKECH, MAGHRIBI
Kota ini menjadi pusat budaya di Afrika Utara. Malahan ia satu-satunya kota raya dari benua Afrika yang menjadi pilihan di kalangan pengembara dan pelancong selepas berlaku kegawatan politik di Mesir. Sekiranya pengembara dan pelancong mahu merasai untuk menjejak kaki ke benua Afrika Utara maka Maghribi yang menjadi satu-satunya lokasi paling sesuai untuk dikunjungi.
 
7. PARIS, PERANCIS
Bandar raya ini memang menjadi impian setiap pelancong terutama pasangan yang sedang berpacaran ataupun baru berkahwin. Walaupun tercicir dari segi ranking, Paris terus menawarkan pelancong peluang untuk berseronok. Antaranya peluang melihat pemandangan menakjubkan selain memiliki banyak galeri yang menyimpan koleksi seni terbaik di dunia meskipun kedudukan kota yang dilabel sebagai Kota Cinta dan Kota Fesyen ini merosot teruk dari tempat pertama tahun lalu ke tangga kelapan tahun ini.
 
8. HANOI, VIETNAM
Terletak di utara Vietnam dan menjadi hab kepada pelbagai budaya utama. Antara tujuan pelawat datang ke negara ini adalah untuk menemui pelbagai artifak menarik yang mempunyai hubung kait dengan sejarah panjang negara ini dan sebaran penduduk di Asia Tenggara.
 
9. SIEM REAP, KEMBOJA
Sejak akhir-akhir ini Siem Reap semakin menjadi destinasi popular di kalangan pelancong. Tarikan utamanya ialah kompleks kuil purba iaitu Angkor Wat yang dipercayai dibina pada abad ke-12. Bukan itu sahaja, seni bina purba seperti Angkor Wat juga dipercayai menjadi lokasi menarik untuk orang ramai merakam gambar atau membuat sesi fotografi.
 
10. SHANGHAI, CHINA
Berjaya merebut tempat kesepuluh dalam senarai utama pelancong di seluruh dunia. Tarikan Shanghai adalah sebuah kota raya paling moden di China dan ditabalkan sebagai kota raya terbesar di dunia selain memiliki penduduk paling ramai. Walaupun kemunculan bangunan-bangunan pencakar langit, moden dan kontemporari namun bangunan lama masih dikekalkan dan dibaik pulih sebagai warisan sejarah.

Kedudukan unik antara benua Eropah dan Asia menjadikan Istanbul kota raya pilihan utama pelancong antarabangsa.
Published by:

Negara Popular Pelancongan

Statistik dikeluarkan Pertubuhan Pelancongan Sedunia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) menganggarkan lebih 1.03 bilion pelancong menghabiskan percutian di seluruh dunia sepanjang 2012, naik 4 peratus berbanding tempoh yang sama bagi 2011.
Untuk rantau Asia Pasifik, hampir 250 juta pelancong direkodkan pada 2012, iaitu bertambah sebanyak 7 peratus daripada tempoh sama tahun 2011.
Jika anda berhajat mahu melancong ke luar negara, berikut 10 buah negara paling ramai dikunjungi pelancong antarabangsa pada 2012:
1. Perancis                            =       83.0 juta
2. Amerika Syarikat              =      67.0 juta
3. China                                 =       57.7 juta
4. Sepanyol                          =        57.0 juta
5. Itali                                      =       46.4 juta
6. Turki                                   =       35.7 juta
7. Jerman                              =       30.4 juta
8. Britain                                =       29.3 juta
9. Rusia                                 =        25.7 juta
10. Malaysia                          =       25.0 juta
Keunikan Menara Eiffel di kota Paris menjadi antara lokasi wajib popular ramai pelancong asing ke Perancis
Published by:

Pelancongan Penjara Unik

Selain pelancongan seram iaitu cuti di kawasan hantu, kegiatan pelancongan penjara kian popular bagi pelancong yang mahu jelajah di sebalik tirai besi terkenal serata dunia. Mungkin penjenayah profil tinggi pernah jadi banduan di penjara itu dan kini ia dianggap tarikan pelancong popular. Berikut 10 penjara ternama pilihan pelancong antarabangsa:

Alcatraz, San Francisco, Amerika Syarikat – Juga disebut The Rock kerana terletak di pulau berbatu, ia penjara kerajaan sejak 1934 sebelum ditutup pada 1963. Penjara kawalan ketat dikelilingi laut sukar untuk banduan melarikan diri kemudian sering jadi lokasi penggambaran filem dan kini, anda perlu tempah lebih awal jika mahu melancong ke sini.

Old Melbourne Gaol, Melbourne, Australia -  Dibuka pada 1845, ia dijadikan muzium pada 1957 oleh National Trust Australia, sebuah badan warisan sejarah. Penjara ini menjadi tarikan pelancong kerana dilaporkan berhantu oleh penggemar aktiviti paranormal namun kini popular untuk pelbagai acara persendirian seperti parti hari jadi dan majlis perkahwinan.

Kalapani Cellular Jail, Andaman Islands, India – Pernah dijadikan penjara khas untuk tahanan politik ketika era penjajahan British antara 1896 sehingga 1906. Kemudian selepas India merdeka, penjara dekat pulau peranginan popular Nicobar ini diubah sebagai sebuah memorial kebangsaan sejak 1969 dan menjadi tarikan utama kedatangan pelancong asing.

Kilmainham Gaol, Dublin, Ireland – Mula dibina pada 1796, ia menjadi tempat kurungan dan hukuman untuk ramai pemimpin terkenal Ireland pada zaman dahulu. Pada pertengahan 1980-an, kerajaan Ireland menukar kepada muzium tetapi senibina bangunan penjara ini popular sebagai lokasi pembikinan filem terkenal The Shawshank Redemption dan The Italian Job.

Hoa Lo Prison, Hanoi, Vietnam – Bererti lubang neraka, ia dibina penjajah Perancis pada 1888 untuk banduan aktivis politik kemerdekaan Vietnam. Pertengahan 1990-an, sebahagian penjara dijadikan muzium termasuk bilik pancung kepala lengkap dengan peralatan asal, manakala sebahagian lagi jadi hotel apartmen 25 tingkat dan beberapa kompleks beli-belah.

Ottawa Jail Hostel, Ottawa, Kanada – Asalnya bernama Carleton County Gaol kini sebuah hostel diuruskan oleh Hostelling International. Penjara 4 tingkat terletak di pusat bandar ibu negara Kanada ini dibina pada 1862 dan warden dilaporkan sering melihat roh hantu ramai banduan yang gantung bunuh diri sehingga 1972 apabila ia diubah menjadi sebuah hostel.

Karosta Prison, Liepaja, Latvia -  Dibina antara 1890 hingga 1906, ia merupakan sebuah penjara pelabuhan terletak dalam kawasan pangkalan tentera laut  Rusia ketika pemerintahan Tsar Alexander III. Penjara 2 tingkat ini ditukar kepada sebuah galeri iaitu K@2 Artist Center dan menjadi tumpuan pelukis antarabangsa dan pelancong asing menikmati panorama indah laut.

Port Arthur, Tasmania, Australia – Mulanya ia sebuah stesen kayu balak sebelum menjadi penjara pada 1830 dan berkembang sebagai bandar kecil untuk ribuan pesalah diasingkan dalam pulau Tasmania. Pada 1970-an, Perkhidmatan Hidupan Liar dan Taman Negara menguruskan kawasan ini menjadi tapak bersejarah yang menarik pelancong asing.

Seodaemun Prison, Seoul, Korea Selatan – Dibuka pada 1908 semasa penaklukan Jepun, ia menjadi penjara untuk aktivis antipenjajah. Apabila Korea Selatan merdeka pada 1945, ia masih lagi penjara untuk banduan biasa sehingga 1992 ditukar menjadi Taman Sejarah Penjara Seodaemun untuk tarikan pelancong antarabangsa dan tempatan.

Eastern State Penitentiary, Philadelphia, Amerika Syarikat – Juga disebut ESP, ia dibuka pada 1829 sehingga 1971 dalam kawasan seluas 11 ekar. Rekabentuk macam mahligai lama jadikan ia popular untuk penggambaran drama siri TV, filem malah permainan komputer. Kerajaan menjadikan ia mercu tanda sejarah sejak 1965 bagi memulihara warisan negara.

Bekas tapak penjara terkenal yang pernah mengurung banduan profil tinggi kini popular menjadi tarikan pelancong asing

Published by:

Jom Lawat Muzium

Tidak sah cuti ke sesebuah negara jika tidak lawat muzium tempatan kerana bangunan itu pamer segala artifak sejarah dan imej budaya sesebuah masyarakat. Majlis Muzium Antarabangsa anggar kira-kira 55,000 muzium ada di 202 buah negara malah 18 Mei setiap tahun diisytihar sebagai Hari Muzium Antarabangsa sejak 1977. Berikut 10 buah muzium terbaik di dunia:

Le Louvre, Paris, Perancis – Tarikan utama pasti potret asli Mona Lisa karya Leodardo da Vinci, ia asalnya sebuah istana Raja Perancis di dalam kubu sebelum jadi muzium pada 1793. Keunikan muzium ini ialah binaan piramid kaca di dataran lapang istana namun ia terkenal dengan koleksi 35,000 objek dari kurun ke-19 sehingga kini dan dikunjungi hampir 10 juta pelawat setahun.

Vatican Museums, Vatican City – Dikelilingi ibu negara Itali, Rom, muzium terletak di negara terkecil di dunia ini ada 55 salas atau galeri koleksi nadir daripada seni Mesir kuno termasuk peta purba. Kira-kira 5 juta pelawat setahun datang menyaksikan keindahan seni bina muzium kedua tertua di dunia yang diasaskan pada 1506 oleh pemimpin Katholik, Paus Julius II.

British Museum, London, Britain – Diasaskan pada 1753 oleh saintis Sir Hans Sloane yang turut derma koleksi peribadi beliau berjumlah 71,000 unit objek, ia dianggap antara muzium terbaik di dunia dengan koleksi 8 juta artifak dari seantero bumi. Sebelum 1997, ia berkongsi dengan British Library sebelum bangunan diasingkan dan kini lebih 6 juta pelawat datang ke sini setahun.

Metropolitan Museum of Art, New York, Amerika Syarikat – Ada lebih 2 juta hasil seni koleksi purba hingga moden dari seluruh dunia, muzium dibuka sejak 1870 ini juga meliputi kaligrafi Islam, lukisan klasik Eropah, peralatan senjata silam seperti pedang samurai dari Jepun serta ukiran arca nadir.

Uffizi Gallery, Florence, Itali – Dibina oleh arkitek terkenal Giorgio Vasari pada 1560, asalnya sebagai pejabat majistret dan arkib negara, ia dianggap muzium seni terkenal dan antara tertua di Eropah. UNESCO menganggarkan 60% karya seni terbaik dunia berada di sini antaranya oleh Leonardo da Vinci, Raphael, Michelangelo, Rembrandt, Botticelli dan Caravaggio.

Egyptian Museum, Kaherah, Mesir – Mulanya dibina kerajaan Mesir pada 1835 dekat Ezbekeyah Garden tetapi terpaksa dipindah beberapa kali dan akhirnya pada 1902, bangunan tetap dekat Dataran Tahrir. Ia menyimpan 120,000 item dari zaman prasejarah sehingga era Yunani Roman termasuk keranda dan peralatan kerabat pemerintah Firaun Tutankhamun.

The Smithsonian, Washington DC, Amerika Syarikat – Kompleks muzium terbesar di dunia dibuka pada 1846 ada 16 muzium dan Zoo Nasional. Ia mempamerkan 142 juta objek sejarah penting Amerika termasuk angkasa lepas, komuniti Afrika Amerika, filem, akhbar dan tragedi 11 September 2001 yang mengambil masa beberapa hari jika lawat keseluruhan Smithsonian.

Museo del Prado, Madrid, Sepanyol – Muzium seni kebangsaan ini dibuka pada 1819 ialah galeri paling banyak dilawati iaitu 3 juta pelawat setahun. Koleksinya karya terbaik artis tempatan dari kurun ke-12 hingga ke-19 meliputi hampir 8,000 lukisan, 1,000 arca, 4,800 cetakan dan 8,000 lakaran.

State Hermitage, Saint Petersburg, Rusia – Diasaskan pada 1764 oleh Catherine the Great, ia antara muzium terbesar dan tertua di dunia dilawati hampir 3 juta orang setahun. Ia ada 6 bangunan dengan koleksi 3 juta item termasuk artifak Mesir, Itali, Sepanyol, Belanda, British dan Jerman.

Rijksmuseum, Amsterdam, Belanda – Dengan sejuta objek, ia menyimpan koleksi terbesar sejarah Belanda selain karya seni Timur Tengah dan Asia tenggara dari kurun ke-13 hingga ke-21. Dibuka pada 1800, ia menerima lebih 2 juta pelawat setahun dan dikelilingi banyak muzium lain.

Pelancong Barat paling gemar mengunjungi muzium bagi memahami sejarah dan budaya masyarakat tempatan sesebuah negara.

Published by: