Manual Travel » July 19, 2014

Daily Archives: July 19, 2014

Petua Ketika Melancong

Jika anda memilih agensi pelancongan tempatan untuk ke luar negara, ia menjadi tanggungjawab agensi itu untuk memberi tip-tip bagi pelanggan yang ingin ke negara asing.

Keselamatan pelanggan sentiasa menjadi tumpuan utama namun kadangkala berlaku juga kelalaian disebabkan tiada pengetahuan dan pengalaman pelanggan terbabit.

Berikut disenaraikan beberapa panduan mudah yang mungkin boleh membantu anda berdasarkan pengalaman untuk kita bersama-sama selamat pergi dan pulang:

1. Pastikan anda memiliki pasport antarabangsa atau/dan dokumen perjalanan seperti visa yang sah serta belum lagi tamat tempoh.

2. Sentiasa memerhatikan keadaan bagasi dan beg anda sepanjang sesi lawatan khususnya di sekitar lapangan terbang atau di dalam bas persiaran.

3. Ketika mahu mengambil bagasi di conveyor, tunggu bagasi anda di bahagian keluar bagasi bagi mengelakkan bagasi anda tertukar atau dicuri.

4. Periksa bagasi dalam keadaan sebaiknya. Jika terbuka atau tidak seperti asal, pastikan tiada bendasing di dalamnya atau dapatkan bantuan ketua rombongan atau pihak berkuasa.

5. Sentiasa adatag nama atau kad nama ketua rombongan atau kad nama hotel sepanjang lawatan. Ia tercatat nombor kecemasan seperti pemandu pelancong dan Kedutaan Malaysia negara terbabit.

6. Bawa dan simpan salinan pasport, kad pengenalan dan kad kredit/ATM di tempat selamat (dalam bagasi/tas tangan) agar boleh jadi rujukan jika barang asal itu hilang.

7. Anda digalakkan membawa sedikit sahajawang tunai kerana bimbang disamun dan sebaiknya gunakan kad kredit atau cek kembara.

8. Gunakan push-bag atau money belt bagi menyimpan barangan berharga anda ketika keluar lawatan atau sesi membeli-belah.

9. Pertimbangkan untuk membawa satu lagi dompet tambahan yang cuma diisi sedikit wang tunai sebagai umpan kerana cara ini boleh berkesan jika anda dirompak atau dicuri penyeluk saku.

10. Jangan menumpang kenderaan sembarangan, sebaliknya gunakan bas persiaran yang telah disediakan atau teksi rasmi jika keluar selepas waktu lawatan. Dapatkan maklumat lanjut tentang kenderaan awam di situ daripada pemandu pelancong, ketua rombongan atau pihak hotel.

 urban_safari_cartoon                                 

Aktiviti pelancongan akan lebih menarik jika anda tahu aspek keselamatan semasa dalam perjalanan.

Published by:

Tip Menginap di Hotel

Tidak kira anda menginap di hotel bertaraf 5 bintang atau hotel bajet tanpa bintang, aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan setiap pelancong sama ada secara individu, berkumpulan, atau mengikuti pakej agensi pelancongan.

Anda kena ingat bahawa anda bukan berada di rumah sendiri tetapi menumpang untuk tempoh sementara waktu dan selalu mengambil langkah-langkah pencegahan agar percutian anda tidak terjejas seperti berikut:

1. Sentiasa beringat selalu untuk menguncikan pintu bilik hotel anda sama ada ketika anda masih berada di dalam bilik atau keluar walaupun hanya untuk seketika waktu; atau jika tidak mahu bilik anda dikemas sila letak tanda ‘Jangan Ganggu‘ atau ‘Do Not Disturb‘ di tombol pintu masuk bilik anda.

2. Pastikan barang-barang berharga terutaman pasport sudah disimpan rapi jika anda ingin meninggalkannya di dalam bilik. Sebaik-baiknya gunakan peti besi yang ada disediakan di kebanyakan hotel; atau simpannya di dalam beg bagasi anda dan kemudian dikunci dengan mangga.


3. Sebaik tiba di bilik selepas daftar masuk, terus periksa di mana kedudukan pintu kebakaran dan tangga kecemasan yang di silingnya dipasang papan tanda KELUAR atau EXIT berwarna HIJAU bagi memudahkan anda menyelamatkan diri sekiranya sesuatu yang buruk atau kecemasan berlaku.


4. Sekiranya anda ingin berjumpa dengan seseorang yang anda sendiri pun tidak kenali dan menetapkan temu janji itu pula di hotel, jadikan lobi ruang legar atau restoran atau kafe hotel yang sentiasa ada ramai orang lalu-lalang sebagai tempat ideal untuk pertemuan tersebut.

Penginapan di hotel yang selesa menjadikan percutian anda lebih selamat. 

Published by:

Usah Terlalu Tonjol Diri

Bagi yang kali pertama melancong tidak kira dalam negara apatah lagi ke luar negara, tip mudah: Jangan terlalu menonjolkan diri anda di tempat awam sebagai pelancong; khususnya di negara asing yang diketahui kadar jenayahnya agak ketara. Berikut tip-tip ringkas untuk panduan anda:

1. Jika anda tidak tahu ke destinasi mana hendak dituju dan kebetulan perlu melihat peta walaupun guna gajet tablet, jangan terlalu menonjolkan perbuatan tersebut dan cuba cari tempat yang kurang orang seperti di dalam kafe atau pondok telefon awam.
2. Pakailah pakaian yang biasa dan tidak terlalu nampak jauh berbeza daripada penampilan penduduk tempatan dan bukan ketara lagaknya ala pelancong Mat Saleh seperti berbaju corak bunga warna terang diiringi sebuah kamera digantung di leher.
3. Berwaspada selalu sekiranya anda perasan dan menyedari ada seseorang yang asyik memerhatikan gerak-geri perjalanan anda dan jika perlu berjalan di kawasan tidak terlalu sesak ramai orang yang dibimbangi anda menjadi mangsa seluk saku.
4. Elakkan daripada memakai atau menunjuk-nunjuk sebarang barangan kemas walaupun kecil yang mampu membuatkan pencuri atau perompak tidak perlu berfikir dua kali untuk terus menyamun anda, sebaliknya simpan barang kemas tidak perlu di hotel.
5. Cuba sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan jangan cuba pula berlagak sebagai seorang pelancong, malah anda boleh minta bantuan petugas kaunter hotel mengenai senario tempat anda melancong termasuk adat pantang larang masyarakat setempat.
                                   
Biarlah penampilan diri dan pakaian anda tidak terlalu nampak keterlaluan di tempat awam terbuka.
Published by:

Apabila Berlaku Kecemasan…

Bukan semua negara yang anda ingin lawati itu berada dalam keadaan aman sentosa, malah ada yang sentiasa bergolak sepanjang masa dan tidak kurang juga yang tiba-tiba boleh pula tercetus kekacauan tanpa sebarang tanda-tanda amaran.

Kebiasaan Wisma Putra iaitu Kementerian Luar Negeri di Putrajaya akan memaklumkan semua pejabat perwakilan Konsulat Malaysia atau Kedutaan Malaysia (bagi negara-negara bukan Komanwel) atau Suruhanjaya Tinggi Malaysia (negara-negara Komanwel).

Memo nasihat perjalanan atau travel adivisory akan segera dikeluarkan tetapi jika anda sudah pun berada di negara tersebut dan kebetulan terperangkap pula dalam insiden kecemasan, berikut disenaraikan antara petua yang boleh dijadikan rujukan:

1. Dapatkan nasihat dan maklumat terkini daripada ketua rombongan anda atau pemandu pelancong atau pun laman internet pihak berkuasa mengenai tahap keselamatan kawasan yang ingin anda lawati sendiri, terutamanya pada waktu malam.

2. Elakkan daripada berjalan kaki secara bersendirian atau melalui kawasan yang sunyi sepi waima pada waktu hari siang, seelok-eloknya biarlah berteman walaupun hanya untuk pergi membeli sedikit makanan ringan dekat hotel penginapan anda.

3. Sekiranya anda dirompak atau diragut, elakkan daripada melawan penjenayah itu kerana anda perlu lebih sentiasa ingat nyawa anda adalah lebih berharga berbanding hilang harta benda yang sebenarnya boleh dicari ganti kemudian.

4. Jauhkan diri anda daripada memasuki kawasan larangan atau bahaya berlaku letupan bom, kejadian pergaduhan, pertelingkahan politik, demonstrasi dengan pasukan polis pencegah rusuhan atau tunjuk perasaan dengan serta-merta.

5. Jika malapetaka bencana alam seperti banjir, tsunami, gempa bumi, angin taufan, puting beliung, ribut pasir, letusan gunung berapi, kebocoran radioaktif dan sebagainya, segera rujuk agensi kecemasan tempatan untuk bantuan pihak kedutaan.

funny-riot-police_1

Elak daripada terlibat dalam apa jua konflik yang meletus di negara tempat anda sedang melancong.

Published by:

Cara Pilih Agensi Pelancongan

Sekiranya anda memilih untuk melancong dengan menggunakan agensi pelancongan atau travel agent, pastikan anda memilih dengan bijak. Kepakaran setiap agensi adalah berbeza bagi memenuhi kehendak anda sebagai pelancong, pelanggan dan pengguna.

Di sini disenaraikan beberapa petua secara ringkas yang boleh dikongsi:

1. Buat sedikit kajian perbandingan harga pakej yang ditawarkan. Pada kebiasaannya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang dipilih. Perlu diingat yang terendah bukanlah yang terbaik. Pastikan ia juga selaras dengan bajet anda.

2. Selidiki latar belakang agensi, lesen berdaftar Kementerian Pelancongan serta permit Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang sah. Ia adalah sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan anda ditipu, hilang wang deposit dan sebagainya.

3. Rujuk tarikh dan kadar harga syarikat penerbangan selain jenis perjalanan jika pakej yang dipilih termasuk tiket penerbangan. Setiap syarikat penerbangan mungkin menyediakan perkhidmatan yang berbeza atau ada kos-kos tambahan lain.

4. Ambil tahu tentang hotel penginapan yang disediakan oleh agensi pelancongan itu termasuk alamat, lokasi, kadar penginapan, makanan dan sebagainya. Ia akan menunjukkan harga pakej pelancongan anda secara umum.

5. Kenal pasti cara bayaran yang boleh dibuat kepada agensi pelancongan sama ada hanya guna wang tunai, cek, kad kredit atau bayaran online. Sebaiknya pilih kad kredit kerana lebih selamat dan bayaran akan ditolak sebaik menaiki kapal terbang.

6. Pastikan tiada bayaran tambahan atau kos tersembunyi yang dikenakan. Ini adalah kes yang selalu berlaku apabila anda mungkin dikenakan banyak caj tambahan yang tersembunyi. Maka berhati-hatilah sebelum membuat sebarang keputusan.

            Travel-Agent-Cartoon-300x272                             

Pilih agensi pelancongan yang berwibawa bakal menjadikan pakej percutian anda lebih unik.

Published by:

Tip Penerbangan Jarak Jauh

Tidak ramai suka jangka masa penerbangan yang lama untuk destinasi jarak jauh. Letih lenguh duduk terperuk di kerusi kecil berjam-jam. Selain itu, akibat tekanan udara berlainan ketika di udara, telinga seperti tersumbat. Di sini dikongsikan beberapa tip mudah untuk bantu anda berasa lebih selesa ketika terperap di dalam penerbangan yang panjang:

1. Pakai pakaian selesa pada hari anda perlu menaiki penerbangan. Tidak perlu bergaya sakan. Pakaian diperbuat daripada kain kapas selesa dan serap peluh. Elak pakaian ketat dan kain keras seperti jeans. Juga kasut tidak ketat dan tapak leper. Berhati-hati kerana perbezaan tekanan udara semasa penerbangan akan buat saiz kaki anda sedikit kembang.

2. Bawa snek walaupun penerbangan ada sedia makanan dan minuman, namun hidangan adalah berjadual. Elakkan ‘kebuluran’ dengan bawa sedikit snek daripada rumah seperti kekacang, buahan kering sesuai untuk basmi kelaparan ketika di dalam pesawat. Pastikan snek anda diletakkan rapi di dalam plastik ziplock untuk mengekalkan kesegaran makanan.

3. Ada bawa ubat kerana anda mungkin jatuh sakit ketika berada di dalam penerbangan. Bawa semua ubatan yang anda perlu agar tidak terlepas waktu memakan ubatan. Walaupun setiap kapal terbang dilengkapi dengan first aid kit, namun ubatan yang spesifik sudah pastinya tidak ada di dalam kotak itu, jadi, jangan terlupa untuk bawa ubatan anda sendiri.

4. Gajet hiburan untuk elak bosan ‘terperangkap di dalam pesawat, habiskan masa anda dengan aktiviti libur seperti tonton filem, main game atau dengar muzik. Ia juga dapat bantu sesetengah orang yang ada sindrom keresahan ketika berada di udara atau di dalam tempat kecil tertutup. Jangan lupa cas gajet anda agar bateri berada di paras maksimum.

5. Kekal segar kerana penerbangan yang lama akan membuatkan muka anda berminyak dan badan berbau lantas membuatkan anda berasa kurang selesa. Bawa barangan penjagaan diri anda di dalam botol-botol bersaiz kecil. Ini dapat membantu anda untuk sentiasa berasa segar sepanjang penerbangan. Facial wipes, breath freshner dan deodorant wajib ada!

long fly

Penerbangan jarak jauh tidak akan menjejaskan percutian jika anda tahu cara yang betul untuk menguruskan diri di dalam pesawat.

Published by:

Elak Bosan Dalam Pesawat

Kepada anda yang mungkin jarang menaiki pesawat atau kali pertama mengembara dengan kapal terbang, duduk statik agak lama pasti menjemukan anda. Justeru, sila amalkan beberapa panduan untuk memastikan perjalanan anda tidak bosan apatah lagi jika penerbangan jarak jauh 

1. Bawa buku nota. Masa yang ada di dalam penerbangan boleh diluangkan dengan menulis nota penting di dalam buku anda. Sekiranya anda di dalam perjalanan untuk melancong, masa yang ada boleh diluangkan untuk mentelaah tempat-tempat yang bakal anda lawati setelah sampai ke destinasi. Jika anda terbang untuk tujuan kerja, boleh juga diluangkan masa untuk menyiapkan kerja-kerja yang masih belum selesai.

2. Dapatkan rehat yang cukup.Mengembara ketika badan keletihan terutama selepas sibuk habis kerja amat perlu dielakkan. Badan yang letih akan membuatkan minda anda hilang fokus, maka berlakulah kejadian-kejadian seperti keciciran pasport, tertinggal kapal terbang, mood yang tidak baik dan sebagainya. Pastikan anda mendapat waktu rehat yang secukupnya pada hari sebelum anda menaiki kapal terbang.

3. Berbual santai. Masa yang lama di dalam kapal terbang adalah tempoh waktu yang amat sesuai untuk anda berbual secara santai dengan ahli keluarga, rakan-rakan ataupun sesiapa sahaja yang duduk di sebelah anda. Berbual akan mengelakkan diri anda daripada berasa bosan. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim dan mungkin memberi idea kepada anda sebaik tiba di lapangan terbang.

4. Daftar masuk awal. Satu perjalanan yang baik bermula dengan permulaan baik. Kalau daripada mula sudah kelam kabut, maka keseluruhan perjalanan jadi tidak menentu. Pastikan anda tiba awal di lapangan terbang dan daftar masuk atau check-in bagasi pada waktu yang disarankan dua jam sebelum pelepasan. Ingat biar datang awal daripada bergegas penat jika tiba lewat.

5. Naik taraf tiket anda. Kepada mereka yang ada bajet lebih, menaik taraf tiket perjalanan anda daripada kelas ekonomi kepada kelas pertama akan memastikan keselesaan yang lebih dengan servis yang lebih bagus. Bagi penerbangan jarak jauh, membeli tiket kelas pertama sebenarnya agak berbaloi. Sesekali mahu merasa menaiki kelas pertama, apa salahnya, bukan begitu?

con_sumopassenger_thumb

Lebih baik isi masa dengan bersembang sepanjang penerbangan untuk elak aktiviti percutian anda daripada terbiar kosong begitu saja.

Published by:

Sebaik Pesawat Mendarat

Ada perbezaan prosedur apabila tiba di lapangan terbang jika anda melancong di luar negara atau dalam negara sendiri. Namun prosesnya adalah mudah jika semua berjalan lancar dan anda boleh melancong dengan gembira tanpa masalah. Ikuti panduan ringkas di bawah:

1)  Apabila kapal terbang telah selamat mendarat, jangan lupa mengambil bagasi anda jika diletakkan di ruang atas kepala atau depan tempat duduk anda dan dengar arahan pramugari yang akan memberi tunjuk arah pintu keluar dari pesawat sama anda menerusi tangga atau jambatan udara.

2)  Ikut pergerakan penumpang lain tertib berjalan kaki dalam barisan menuju ke bangunan terminal dewan ketibaan. Sekiranya anda mempunyai bagasi tambahan yang disimpan dalam ruangan kargo pesawat tadi, sila segera terus pergi ke kawasan conveyer pengambilan beg. 

3)  Ambil bagasi anda dan pastikan ia betul milik anda dan bukan penumpang lain, kemudian boleh bergerak ke pintu keluar. Jika anda memerlukan perkhidmatan teksi atau kereta sewa, sila buat tempahan di kaunter-kaunter yang terdapat dalam perjalanan ke arah pintu keluar dewan ketibaan.

4)  Bagi penerbangan antarabangsa, setibanya di lapangan terbang selepas mengambil bagasi, anda perlu pula melalui lorong pemeriksaan pihak imigresen untuk pengesahan pasport dan kemudian kastam untuk pengimbasan bagasi sebelum anda dibenarkan keluar.

5)  Ada pihak penguat kuasa sesetengah lapangan terbang akan meminta untuk memeriksa isi kandungan bagasi anda. Jangan panik, biarkan mereka melakukan kerja itu dan hanya perlu jawab jika ada kemusykilan contohnya sambal belacan yang mungkin disangka sebagai dadah!

Nota: Jika anda pergi berkumpulan menerusi pakej percutian tertentu, anda akan disambut oleh wakil agensi pelancongan tempatan di ruang menunggu di luar dewan ketibaan sebelum dibawa menaiki van atau bas persiaran.

changi arrival

Aktiviti pelancongan secara rasmi dianggap bermula sebaik anda melepasi proses pemeriksaan di dewan ketibaan lapangan terbang.

Published by:

Kenapa Pergi Melancong?

Pelancongan ialah pengembaraan untuk gembira dan santai jauh daripada tempat tinggal anda. Kebelakangan ini, industri pelancongan berkembang pesat ekoran perubahan gaya hidup manusia yang sanggup berbelanja untuk makan angin berbanding generasi zaman dahulu.

 

Aktiviti mengembara juga semakin murah dan berbaloi terutama kos penerbangan untuk jarak jauh. Anda mungkin mahu melancong atas beberapa sebab – berseronok, lawat negara asing, belajar adat budaya tempat lain atau melarikan diri daripada tekanan kesibukan kerja seharian.

 

Pelancong sanggup pergi ke pelbagai destinasi menarik sama ada bersendirian, bersama-sama keluarga atau rakan-rakan serta melalui pelbagai cara pengangkutan, penginapan dan kegiatan. Berikut disenaraikan jenis pelancongan untuk panduan anda:

 

Pelancongan PantaiRamai suka menghabiskan percutian domestik di tepi laut untuk berehat, mandi-manda atau mendengar hembusan bayu ombak. Percutian di pinggir pantai sudah menjadi tradisi manusia lebih 200 tahun lalu.

 

Pelancongan Musim SejukSudah bermula pada pertengahan abad ke-19 apabila golongan mewah Eropah pergi ke resort peranginan tinggi banjaran bersalji Alp hingga 3,000 meter bermain ski dan menikmati suhu sejuk.

 

Pelancongan Kesihatan Dahulu pelancong pergi ke luar negara untuk gugur bayi luar nikah namun kini ia menjadi trend pesakit kaya khasnya rawatan perubatan, pergigian, jantung atau pembedahan plastik yang kos mahal.
Pelancongan Pendidikan Tidak kira anak muda remaja atau lanjut usia, ramai sanggup menyambung pengajian di negara lain yang tarafnya lebih tinggi selain belajar menerusi program pertukaran pelajar antarabangsa.

 

Pelancongan SukanPenganjuran banyak acara kejohanan antarabangsa turut menarik pemain dan peminat untuk datang ke negara asing selain liga sukan tempatan yang popular seperti bola sepak, lumba basikal atau golf.

 

Pelancongan LasakMula popular lebih 20 tahun lalu dan menarik jutaan pelancong untuk merasai aksi lasak penuh cabaran seperti aktiviti payung terjun, kenu sungai, basikal ekstrem atau kembara 4WD hutan tebal.

 

Pelancongan AgamaJutaan penganut agama tertentu datang menziarah tempat suci kerohanian sambil beribadah setiap tahun seperti umat Islam menunaikan haji di Mekah, Katholik pergi ke Vatican atau Hindu ke Gangges.

 

Pelancongan EkologiTrend terbaru pelancong mesra alam sekitar yang gemar kepada tarikan alam semula jadi seperti safari, air terjun, kawasan seni bina warisan bersejarah dan membeli-belah produk cenderamata unik.

Tourist-camera-map

Kegiatan pelancongan bukan sahaja meluaskan pengetahuan malah memberi anda kefahaman budaya masyarakat tempat lain.

Published by:

Urus Bayi Kecil Waktu Cuti

Berlibur bersama-sama ahli keluarga merupakan kaedah terapi terbaik bagi anda menikmati saat-saat indah yang tidak dapat dilupakan bagi ibu bapa yang berkerjaya. Namun bagi pasangan yang mempunyai anak kecil, percutian pasti tidak semudah seperti yang dirancang dengan orang dewasa.

 

Sesetengah bayi atau kanak-kanak mudah diuruskan tetapi ada juga anak-anak yang lasak dan sukar untuk dikawal ketika bercuti. Langkah terbaik ialah buat persiapan awal dan perancangan kreatif untuk menguruskan bayi tanpa menjejaskan mood percutian seperti berikut:

 

1. Beg lampin – Kain lampin sama ada pakai buang atau tidak, kain lap, plastik sampah dan bedak perlu diasingkan dalam beg bersaiz kecil serta perlu diletakkan di tempat yang mudah dicapai terutama ketika anda ingin menukar lampin bayi apabila anak kecil itu membuang air besar.

 

2. Pemilihan makanan – Snek ringan merupakan makanan terbaik untuk anak kecil sewaktu bercuti, pemilihan menu pula perlu mempunyai kandungan zat protein yang tinggi seperti kekacang yang memberi tenaga ketika bergerak jauh, namun ibu bapa juga dapat menikmati makanan bersama anak-anak sekali gus menjimatkan bajet.

 

3. Barang permainan – Alat-alat mainan kanak-kanak ialah peralatan penting yang perlu dibawa, sebaiknya ibu bapa membeli permainan baharu kerana ia merupakan cara terbaik untuk membuatkan anak-anak berasa teruja dengan permainan tersebut tanpa mengganggu mood anda.

 

4. Beg sandang – Bagi ibu bapa yang membawa anak berusia kurang setahun, beg sandang bayi merupakan kelengkapan praktikal untuk dibawa selain kereta sorong bayi kerana ia memudahkan pergerakan tanpa sebarang batasan tidak kira di kawasan bandar, taman rekreasi atau kawasan berbukit.

 

5. Pakaian sesuai – Pemilihan pakaian yang mudah dan ringkas dapat memendekkan masa anda ketika menguruskan anak-anak. Bagi bayi perempuan, seluar ketat ialah pilihan untuk menyenangkan anda menukar lampin tanpa buka stoking dan bayi lelaki sebaiknya seluar paras lutut untuk beri keselesaan.
  baby-with-suitcase
Membawa anak bersama pergi melancong bukan sahaja mengeratkan kasih sayang malah mendidik anak kepada pengetahuan dunia baru.

Published by:

Waktu Daftar Masuk / Keluar

Mungkin anda tidak tahu atau keliru lagi apakah waktu standard patut seseorang itu daftar masuk atau disebut check in, register atau sign-in; dan daftar keluar atau check out untuk penginapan yang diduduki.

 

Secara universal masa standard daftar masuk ialah pukul 2 petang dan daftar keluar selepas 12 tengah hari namun ia juga bergantung pada peraturan polisi sesebuah hotel, motel, hostel atau resort untuk menetapkannya sendiri.

 

Jika anda tiba agak awal di hotel berkenaan dan kebetulan pula tiada bilik kosong, anda perlu memahami waima anda telah buat tempahan setahun yang lepas sekali pun kerana tiada hotel membenarkan masuk bilik lebih awal.

 

Tetapi ada juga hotel membenarkan daftar masuk seawal pukul 12 tengah hari atau paling lewat pun 6 petang hingga 10 malamkepada pelanggan yang sudah membuat tempahan awal lazimnya pakej percutian berkumpulan.

 

Manakala masa keluar dari hotel pula, jika anda ingin sedikit lewat atas sebab tertentu, sebaiknya anda kena telefon dulu ke kaunter pendaftaran untuk mengesahkan anda dibolehkan daftar keluar lewat tanpa caj tambahan.

 

Jangan keluar lewat mengikut sesuka hati anda kerana pihak hotel juga tidak teragak-agak mengenakan bayaran tambahan dengan kadar penginapan seharian sehingga menjejaskan pelanggan lain yang ingin daftar masuk.

 

Hotel-check-in

Pelanggan perlu dahulu merujuk kepada pihak hotel mengenai maklumat tepat waktu daftar masuk dan keluar yang ditetapkan.

Published by:

Canda Pasiran Pantai

Pelancong Barat paling gemar menghabiskan waktu percutian di tepi pantai dengan berkelah atau santai bersama keluarga bagi melarikan diri daripada cuaca sejuk di negara mereka. Namun ada beberapa tip yang boleh dijadikan rujukan untuk memanfaatkan aktiviti pelancongan di pinggir laut.

 

Sandal – Kasut getah termasuk jenis flip flop atau croc lebih selesa dipakai kerana permukaan pantai berpasir dan mungkin licin selain memudahkan anda berjalan di kawasan air cetek. Ia juga baik untuk kanak-kanak kerana senang ditanggalkan untuk bermain di gigi air.

 

Cermin mata – Juga dipakai bersama topi cukup untuk memastikan anda tidak kepanasan apatah lagi elak nyahhidrasi atau hilang air dalam badan bagi kanak-kanak. Cermin mata dengan perlindungan UV sesuai ekoran sinaran matahari terik agak bahaya jika tiada penapis di muka.

 

Krim pelembap – Ada dipanggil sebagai sunscreen, anda perlu bawa sekurang-kurangnya sebotol jenis minimum SPF 15. Ia wajar disapu pada permukaan kulit untuk elak lapisan luar tubuh jadi merekah terutama jika cuaca terlalu panas terik tanpa ada payung, pokok rendang atau khemah.

 

Beg kering – Jangan lupa walapun saiz kecil kerana ia boleh mengisi segala barang keperluan anda sekeluarga sebaik-baiknya jenis kalis air agar jika basah terkena hempasan ombak, semua objek di dalam beg itu terutama kamera kecil atau tuala masih selamat dan tidak basah.

 

Beg simpanan – Bawa bersama sebungkus lagi beg tambahan untuk anda masuk segala pakaian basah selepas mandi atau barang kering yang sudah terkena air laut masin asing daripada beg kering.

 

Tikar – Jika anda rancang percutian untuk tempoh seharian suntuk lama daripada pagi hingga petang, adalah lebih baik bawa sebidang tikar atau selendang besar untuk dihamparkan di pasir, sekali gus barangan anda terselamat selain anda boleh baring tidur lena tanpa gangguan.

 

Makanan – Berada di tepi pantai menyebabkan anda mudah cepat lapar dan dahaga. Jadi bawa bersama sedikit makanan ringan dari rumah sama ada dimasak atau snek ringkas seperti biskut dan sandwich yang boleh dikongsi dengan ahli keluarga lain serta rakan-rakan.

 

Pakaian bersih – Tidak lupa membawa beberapa helai pakaian tambahan walaupun anda tidak mandi pun kerana mungkin baju yang anda pakai itu kotor dan memudahkan anda segera menukarkannya jika berlaku kecemasan tanpa perlu balik ke rumah.

 

manualtravel

Bersantai di kawasan pasiran pantai adalah jenis pelancongan yang paling jimat kos dan tidak memerlukan banyak tenaga

Published by:

Sebelum Keluar Bercuti

Bercuti merupakan satu aktiviti yang paling digemari masyarakat masa ini. Ia bukan sahaja dapat menenangkan fikiran setelah sekian lama ‘mengabdikan’ diri dengan kerja-kerja pejabat, malah ia memberi peluang kepada anda untuk bersantai bersama ahli-ahli keluarga.

Pada hujung tahun ini adalah waktu yang sesuai untuk pergi bercuti sementelah cuti sekolah yang panjang, cuti umum dan ada yang ingin menghabiskan cuti tahunan yang perlu dihabiskan sebelum tahun baru.
Bagi yang berkeluarga, waktu inilah perlu diambil kesempatan untuk melancong sama ada di dalam negara atau yang berkemampuan, bolehlah ke luar negara. Bercuti bukan semata-mata melawat ke tempat-tempat menarik tetapi boleh juga balik ke kampung.
Bagaimanapun seperti umum ketahui, untuk pergi bercuti bukanlah satu perkara yang membebankan tetapi persiapan sebelum berangkat pastinya sedikit sebanyak membuatkan anda menjadi ‘kelam kabut’.
Tambahan pula sekiranya anda merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan segala-galanya termasuk anak-anak. Jadi di sini terdapat beberapa tip persediaan bercuti untuk memudahkan perjalanan anda sekeluarga sebelum berangkat:
 
1)  Pilih untuk bercuti pada hari biasa. Lazimnya untuk hari biasa ia dapat menjimatkan kos kerana tidak ramai pergi bercuti jika dibandingkan dengan hari minggu atau cuti perayaan.
 
2)  Buat kajian awal mengenai tempat-tempat yang bakal dilawati. Ini memudahkan anda mengetahui apa-apa kemudahan yang disediakan secara sistematik.
 
3)  Bagi yang tidak biasa melancong atau ingin ke tempat yang tidak pernah dilawati, anda dinasihat agar guna khidmat agensi pelancongan kerana boleh melawat lebih banyak tempat berbanding melancong sendiri, secara tidak langsung jimatkan masa dan kos.
 
4)  Jangan pakai banyak barang kemas. Ia adalah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Sebaliknya biarlah penampilan anda tidak terlalu ketara seperti orang asing.
 
5)  Tukar mata wang asing sebelum bertolak bagi mereka yang ingin melancong ke luar negara dan simpan sedikit sebagai persediaan jika berlaku kecemasan luar jangka.
 
6)  Sediakan barang-barang yang sesuai dan penting sahaja dan jangan terlalu banyak atau menyusahkan. Jika perjalanan jauh, seelok-eloknya kurangkan beban yang akan dibawa.
 
7)  Elakkan banyak berjalan seperti membeli-belah kerana itu akan memenatkan dan jadual percutian anda akan lari daripada tujuan asal untuk menikmati keunikan sesebuah tempat.
                         
Buat perancangan awal sebelum pergi bercuti dapat menjadikan aktiviti pelancongan anda bersama keluarga lebih unik.
Published by:

Bercuti Guna Kereta Sewa

Melancong dengan memandu kereta sewa sebenarnya ada banyak faedah malah ia cukup popular di Australia, Amerika Syarikat dan benua Eropah bagi pelancong berkumpulan atau berkeluarga. Ikuti beberapa sebab anda patut memilih perkhidmatan kereta sewa sebagai cara menikmati percutian.

 
Lebih kebebasan - Anda bebas untuk memilih waktu sendiri dan tidak perlu terkejar-kejar dengan jadual perjalanan padat jika menggunakan bas persiaran yang perlu mematuhi tempoh masa tertentu. Ini bermakna anda menikmati percutian dengan lebih banyak masa diluangkan jika perlu berada agak lama di sesuatu tempat.
 
Bajet rendah - Kos menyewa kereta lebih murah berbanding anda membawa kereta sendiri yang mungkin terdedah kepada kerosakan atau penyelenggaraan untuk perjalanan jarak jauh. Kebanyakan kereta sewa memiliki insurans pengembaraan jika terlibat dalam kemalangan atau perlu baik pulih jika rosak di tengah perjalanan.
 
Jimat minyak – Sebahagian besar syarikat kereta sewa menawarkan kenderaan kompak yang tidak terlalu besar dan memerlukan pengisian minyak lebih jarang untuk perjalanan jauh. Ini bermakna anda tidak perlu risau kehabisan minyak dalam masa singkat atau melalui kawasan sunyi yang langsung tiada stesen minyak lebih 6 jam.
 
Selesa santai – Kebanyakan kereta sewa sebenarnya dilengkapi kemudahan untuk perjalanan jarak jauh termasuk pendingin udara yang nyaman, ruang luas untuk simpan banyak bagasi dan kerusi dengan lapisan kusyen. Ini bermakna percutian anda boleh digunakan untuk banyak perkara dalam kenderaan yang selesa.
 
Selamat memandu - Jika anda menempah kereta sewa, anda akan mendapat model terbaharu yang lebih selamat untuk dipandu terutama syarikat terkenal seperti Avis, Hertz atau Alamo. Kereta yang diberi mengandungi beg udara cukup, tali pinggang keledar dan sistem pandu arah GPS selain diskaun berpatutan.

Percutian dengan menggunakan kereta sewa cukup popular dalam kalangan pelancong di benua Eropah, Australia dan Amerika Syarikat kerana jarak lokasi yang agak jauh.
Published by:
Travel

Jemur Santai di Pantai

Aktiviti berjemur atau sunbathe cukup popular dalam kalangan pelancong Barat yang mahu lari daripada suasana iklim sejuk dan menikmati sinaran matahari bagi ‘memanaskan’ tubuh badan sambil duduk santai mendengar hembusan ombak dan desiran bayu pantai.

 
Selain kegiatan berenang, mandi-manda, bermain bola pantai atau membina istana pasir, berjemur secara malas yang mendedahkan sebahagian tubuh sebenarnya amat baik kepada kesihatan diri. Berikut disenaraikan beberapa faedah daripada aktiviti berjemur itu.
 
Merawat mood – Walaupun nampak ringkas, kegiatan berjemur di bawah sinaran suria seketika dapat merawat perasaan diri untuk menjadi lebih tenang sambil mengingati kebesaran Ilahi. Kajian menunjukkan berjemur pada cuaca panas meskipun seketika boleh menyebabkan orang gembira dan lebih ceria sambil melepaskan tekanan kerja.
 
Melawan penyakit – Berjemur terutama pada waktu pagi memberi anda khasiat vitamin D secara semula jadi kepada tubuh. Ia akan menjana proses melawan jangkitan penyakit kerana sinaran matahari yang kurang terik mengandungi sumber kebaikan tambahan kesihatan atau suplemen yang amat diperlukan oleh tubuh badan untuk kembali segar.
 
Tidur nyenyak – Benar kajian mendapati pendedahan secara berkala terhadap sinaran matahari akan menyebabkan anda menikmati tidur yang lebih nyenyak. Berjemur menjadikan paras hormon serotonin kekal sihat dan tubuh akan membebaskan hormon melatonin semula jadi pada waktu malam untuk membolehkan anda terus tidur lebih lena.
 
Kulit sihat – Berjemur paling lama 20 minit sehari akan meningkatkan pigmen warna perang pada kulit dan ini membolehkan lapisan permukaan kulit menjadi lebih tebal sekali gus melindungi tubuh anda daripada sinaran bahaya matahari terik. Ia juga merawat penyakit kulit seperti eczema, acne kronik, kurap atau kutil selain melawan bakteria jahat.
 
Kurang stres – Selain mempertahankan tubuh anda daripada komplikasi jantung dan penyakit berkaitan, berjemur secara sederhana dapat membantu anda untuk merendahkan tekanan perasaan. Malah hormon stres yang ada dalam badan akan kurang dikeluarkan sekali gus menjadikan tubuh lebih sihat.
 
                               
Berjemur santai bersama pasangan ketika bercuti bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah mengeratkan hubungan.
Published by:
Travel

Kekal Sihat Masa Bercuti

Melancong bukan sekadar berehat tetapi yang lebih penting ialah mesti kekal sihat. Tiada guna pergi bercuti di destinasi menarik atau menerusi pakej mewah walhal anda terlantar di katil hospital atas sebab-sebab kesihatan. Berikut antara panduan untuk persediaan anda memastikan tahap kesihatan sentiasa baik sepanjang percutian.


1)  Dapatkan suntikan vaksin sebelum pergi melancong khasnya negara yang memerlukan pelancong disuntik vaksin tertentu sebelum dibenarkan masuk.


2)  Bawa bersama salinan maklumat kesihatan peribadi anda dan disimpan selamat di dalam beg berasingan yang mudah dicapai ketika berlaku kecemasan.


3)  Jangan minum air terus daripada paip tetapi digalakkan mengambil minuman yang dibotolkan, air berkarbonat atau masak sahaja air lebih selamat.


4)  Guna straw untuk minum air dalam tin tetapi jika tiada straw disediakan, lap permukaan tin bagi bersihkan karat logam atau tuang air ke dalam gelas.


5)  Elak makan sayur-sayuran mentah atau buah-buahan segar yang dibasuh dengan air paip, sebaliknya guna air masak untuk bersih makanan tersebut.


6)  Pastikan anda sudah menjalani temujanji doktor gigi sebelum pergi bercuti atau bawa dokumen rawatan pergigian sebagai langkah berwaspada.


7)  Rujuk dengan pemandu pelancong atau pihak berkuasa mengenai lokasi klinik atau hospital tempatan yang berdekatan dengan tempat anda melancong.


 8)  Jika ada alahan pada sesuatu, tulis dalam bahasa tempatan untuk dimaklumkan pada restoran atau petugas perubatan jika diserang alergik.


9)  Ambil perlindungan insurans atau takaful sekiranya bercuti di negara diketahui berisiko wabak penyakit, perang atau bencana alam.

                
Kesihatan perlu dipelihara sepanjang percutian untuk memastikan aktiviti pelancongan anda berjalan lancar tanpa masalah.
Published by: