Manual Travel » November 9, 2014

Daily Archives: November 9, 2014

Diet tidak sihat punca senggugut

Senggugut atau istilah perubatannya dipanggil dismenorea kebiasaannya merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ini mungkin lebih teruk semasa dua hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kedatangan haid. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat.

Proses ini bertujuan mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput dinding rahim (selaput endometrium). Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim atau serviks. Kebiasaannya, saluran pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. Oleh sebab itu ketulan darah tersebut agak susah untuk dikeluarkan.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai ‘prostaglandin’. ‘Prostaglandin’ adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh.

Setiap ‘prostaglandin’ ini mengandungi 20 atom karbon. Ini menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Oleh sebab itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. ‘Prostaglandin’ yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Lazimnya, kesakitan akan reda dua atau tiga hari kemudian.

Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran turut memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk anda mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa haid boleh mengakibatkan dismenorea.

Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan tinggi di tempat kerja serta sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan anda dan seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Dismenorea primer boleh dirawat dengan ubat tahan sakit seperti ‘ibuprofen‘ yang membantu menghalang penghasilan ‘prostaglandin’. Dalam kes tertentu, ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan.
 
 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140907/kn_02/Diet-tidak-sihat-punca-senggugut#ixzz3DBH0zPxh 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Published by:

Khasiat Cuka Apple atau Apple Cider Vinegar

Tahukah anda Cuka Epal ini boleh membantu untuk mengurangkan kolestrol dalam badan.  Cuka Apple  ini salah satu sumber makanan yang sangat popular di barat.

Ianya penuh berkhasiat mengandungi fosforus, zat besi, chloride, sodium, kalsium, magnesium, silicon dan floride . Selain mengaktifkan proses penghadaman, bahan lecithin yang yang terdapat di dalamnya membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga . Lecithin juga bertindak membantu meningkatkan konsentrasi dan daya ingatan atau memori. Bahan aktif lecithin juga menolong membekalkan nutrien penting kepada folikel rambut sekaligus menyubur dan menguatkan rambut kita.Ia juga bertindak sebagai anti oksidan bagi menghalang proses penuaan kulit akibat pendedahan kepada pancaran UV selain berfungsi mencegah jeragat , binti-bintik hitam dan pelbagai masaalah kulit, terutama muka yang berminyak. Juga amat sesuai untuk badan yang berbau.

Apple Cider Vinegar juga adalah salah satu alternative terbaru bagi membantu menurunkan dan mengawal berat badan dengan lebih mudah, selamat dan berkesan.  Ia mengandungi bahan aktif yang  bertindak degan 3 cara iaitu mengurangkan selera anda untuk makan berlebihan. Menghalang penyerapan lebihan lemak dan minyak dalam tubuh dan membantu melancarkan sistem pelawasan.

Apple Cider Vinegar ini memberikan satu kelainan buat korang yang mahukan kejelitaan wajah dan tubuh yang kekal berseri dan senantiasa kelihatan menawan.  Ianya dirumus agar kulit kelihatan lebih cantik, sentiasa muda luaran dan dalaman, tanpa mengira usia.

Antara kelebihan Apple Cider Vinegar ini ialah:


DETOX & KURUSKAN BADAN

Detox atau dalam bahasa mudahnya mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Oleh itu secara tidak langsung membantu mendapatkan badan yang ideal….

Selain dari itu bahan ini mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga. selain dari itu lecithin juga membantu meningkatkan daya ingatan.


GOUT & ARTHRITIS

Gout, arthritis dan sakit-sakit yang melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.


TEKANAN DARAH

Acetic Asid yang terdapat didalam cuka epal berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi,  menstabilkan tekanan dengan merehatkan salur darah. Penggunaan berterusan boleh menjadikan tekanan darah menjadi normal.


DIABETES / KENCING MANIS

Apple cider atau cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, seterusnya berupaya mencegah penyakit kencing manis dan arthritis.


JANGKITAN, SELSEMA & SAKIT TEKAK

Meredakan  selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangan berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.


KULIT

Sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit…

BADAN / MULUT BERBAU

Menolong meneutralkan pH badan/mulut dan membunuh kuman/bakteria penyebab bau busuk ….juga boleh untuk kaki berbau.


KERACUNAN MAKANAN

Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu  setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit dan diarrhea kerana bahan ini mengandungi kadar  pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang sensitif (anti-diarrhea)

KOLESTROL

Menolong mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida… dengan kata lain mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type) .. kolesterol jahat ini menyumbat saluran darah  dan kalau tidak dibakar mengeluarkan sodium berlebihan dari badan (melalui peluh & perkumuhan)

AWET MUDA

Awet muda dan menaikkan seri (kerana tubuh yg bebas dari toksin menjadikan darah lebih bersih, usus bersih menyebabkan oksigen mudah sampai ke otak. Sel-sel tubuh menjadi segar.

CARA PEMAKANAN

 

Satu sudu Apple Cider Vinegar dicampurkan dengan satu gelas air suam dan diminum sebelum sarapan pagi.

Cuka epal ini juga elok di minum waktu malam sebelum tidur.

 

Tapi kini dengan adanya QURUSSS, ia lebih mudah segalanya ada di dalam produk ini untuk proses menyahtoksin dari dalam badan & untuk pelangsingan badan.

 

Layari http://qurusmurus.com untuk mengetahui tentang produk QURUSSS yang terdapat kandungan cuka apple.

Published by:

Melbourne dingin nyaman

IBARAT pucuk dicita ulam mendatang, promosi Air Asia X yang menawarkan penerbangan tambang murah ke Melbourne terus ditempah walaupun terpaksa menunggu jadual penerbangan lagi sembilan bulan.
Harga promosi yang ditawarkan hanyalah RM650 seorang pergi balik tidak termasuk makananan dan bagasi. Kos ini boleh ditempah kemudian yang penting tiketnya dahulu.
 
Sembilan bulan menanti akhirnya pada 27 Ogos 2014 kami sekeluarga yang terdiri daripada saya dan isteri serta tiga orang anak berlepas dari klia2 menuju ke Melbourne.
 
Penerbangan yang memakan masa selama lapan jam akhirnya tiba di Lapangan Terbang Tullamarine pada pukul 8.30 pagi. Mengikut komen daripada blog yang dibaca, peraturan Australia agak ketat dari segi tapisan kastam untuk kemasukan barang makanan dari luar.
Awal-awal lagi borang perisytiharan kastam sudah disediakan dan kami bernasib baik kerana sepanjang urusan kastam dan imigresen di sana tidak ada langsung masalah dan dibenarkan ke balai ketibaan tanpa pemeriksaan.
Keluar sahaja dari balai ketibaan kami terus mencari kaunter Skybus iaitu perkhidmatan bas yang akan membawa kami ke Stesen Southern Cross. 

Tiket Skybus telah pun dibeli sewaktu di Malaysia secara dalam talian. Harga yang dikenakan RM210 untuk tiket pergi dan balik untuk satu keluarga.

Dari Tullamarine Skybus penumpang di bawa ke Stesen Southern Cross yang terletak di bandar raya Melbourne. Dari Southern Cross terdapat perkhidmatan bas pertukaran yang disediakan secara percuma untuk ke hotel penginapan.

Pelancong hanya perlu memaklumkan kepada kaunter tiket maklumat hotel tempat menginap dan mereka akan menentukan bas mana yang patut dinaiki.

Setiba di Hotel Ibis Budget yang telah ditempah awal, dimaklumkan bahawa pendaftaran masuk pada pukul 1 petang tetapi penginap boleh menyimpan bagasi di hotel sementara menunggu waktu daftar masuk.
Memandangkan waktu sekitar 10 pagi dan masih lambat untuk daftar masuk. Kami sekeluarga membuat keputusan untuk meronda kawasan sekitar dan mencari restoran halal yang terdapat di sana.
Hotel Ibis Budget terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu berhampiran dengan stesen utama, Flinders Street dan perhentian tram yang berhadapan pintu masuk hotel.
Destinasi pertama ialah melawat stesen Flinders Street yang reka bentuk bangunannya sangat ikonik dan klasik. 

Sewaktu berjalan di sepanjang jalan ini kami perasan ada satu restoran halal iaitu Mama Wong Kitchens tapi malangnya waktu perniagaannya hanya bermula pukul 11.30pagi.

Sementara menanti restoran tersebut dibuka kami menaiki Tram percuma dikenali sebagai City Circle Tram. Tram ini akan membawa kita mengelilingi sekeliling kawasan Bandar Melbourne dan akan berhenti di setiap perhentian. 

Rupa tram ini buruk tetapi klasik. Setelah selesai mencuba tram ini kami kembali semula ke Restoran Mama Wong Kitchens dan memesan nasi goreng daging. Harganya memang mahal kalau dibandingkan dengan harga makanan di Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20140921/pl_02/Menerjah-dingin-Melbourne#ixzz3F4Fz7trA
© Utusan Melayu (M) Bhd

Published by: