Manual Travel » January 3, 2015

Daily Archives: January 3, 2015

Perkara yang patut di elakkan semasa di Canton Fair

* Datang tanpa jemputan – Sila lengkapkan borang pendaftaran sebelum tiba dan bawa gambar ukuran pasport agar boleh dapat pas masuk. Pilihan lain adalah ambil pas jemputan di Pejabat Perdagangan Luar China di 30 negara serata dunia atau 33 hotel dilantik urusetia di sekitar Guangzhou.

* Bazirkan wang pada jurubahasa – Ramai orang akan cuba untuk menjual perkhidmatan jurubahasa pada caj mahal sebelum anda berjalan masuk di dalam, tetapi pada hakikatnya, semua orang di pameran itu boleh bercakap bahasa Inggeris asas. Lebih baik simpan wang anda untuk perkara lain.

* Tinggal di hotel tanpa pengangkutan – Apabila memilih hotel anda, pastikan ia ada perkhidmatan bas atau van ulang alik ke dan dari Canton Fair, atau dalam jarak berjalan kaki ke stesen kereta api bawah tanah terdekat. Jangan harapkan untuk dapat teksi, terutama waktu puncak lewat petang.

output_biRJ2g

* Pergi berpakaian amat kemas – Pelawat tahu mereka akan banyak berjalan dan berpakaian kasual. Ada memakai sut eksekutif menonjol tetapi anda akan dapat lebih banyak penghormatan dan tawaran lebih baik daripada pemborong jika anda tidak kelihatan seperti orang baru mula berniaga.

* Ungkapan berbaur sindiran – Melontar sindiran, jenaka atau perli ketika bercakap adalah perkara biasa di Barat,tetapi mana-mana ayat sinis itu tidak sesuai di China yang masyarakatnya agak serius. Malah rakan bisnes China anda mungkin tidak selesa dan membatalkan urusniaga jika tersinggung.

2

Fokus hanya mencari harga murah – Jika matlamat tunggal anda adalah untuk mendapatkan harga rendah, maka anda hampir pasti akan menjejaskan kualiti produk. Sama seperti menjalankan perniagaan, biasanya barangan akan lebih bernilai jika kena bayar sedikit lebih untuk kualiti berbaloi.

Tidak periksa latar belakang – Walaupun anda baik dengan pemborong, buat penyelidikan syarikat mereka, mula dengan Google “(nama syarikat) ulasan” untuk lihat pengalaman komen pembeli lain dan elak anda berurusan dengan syarikat yang tidak dapat bersaing mengeluarkan produk standard.

Leka melakukan urusniaga – Anda mungkin dapat produk yang hebat pada harga tetapi tidak menyedari ada juga peniaga lain memasarkan produk serupa. Justeru cuba cari syarikat yang mengeluarkan produk sama tetapi lebih pada nilai tambah dan kompetitif untuk dijual semula di Malaysia.

Tanya pemborong sikit soalan – Apabila bertemu dengan pembekal yang berpotensi, jangan malu untuk tanya banyak soalan. Jika rajin bertanya, anda pastiakan tahu apa yang negara-negara lain turut jual, di mana terdapat pasaranyang paling besar serta pelanggan mereka yang terbesar.

Etika kad bisnes – Apabila terima kad perniagaan, pegang dengan 2 tangan dan lihat pada muka kad itu sambil menyebut nama individu daripada syarikat tersebut mengikut dialek Cina yang betul. Jangan menconteng atau menulis sesuatu terus pada kad berkenaan di hadapan tuan empunya nama itu.

Published by: