Canda Pasiran Pantai

Comment

Travel
beach-tour

Pelancong Barat paling gemar menghabiskan waktu percutian di tepi pantai dengan berkelah atau santai bersama keluarga bagi melarikan diri daripada cuaca sejuk di negara mereka. Namun ada beberapa tip yang boleh dijadikan rujukan untuk memanfaatkan aktiviti pelancongan di pinggir laut.

 

Sandal – Kasut getah termasuk jenis flip flop atau croc lebih selesa dipakai kerana permukaan pantai berpasir dan mungkin licin selain memudahkan anda berjalan di kawasan air cetek. Ia juga baik untuk kanak-kanak kerana senang ditanggalkan untuk bermain di gigi air.

 

Cermin mata – Juga dipakai bersama topi cukup untuk memastikan anda tidak kepanasan apatah lagi elak nyahhidrasi atau hilang air dalam badan bagi kanak-kanak. Cermin mata dengan perlindungan UV sesuai ekoran sinaran matahari terik agak bahaya jika tiada penapis di muka.

 

Krim pelembap – Ada dipanggil sebagai sunscreen, anda perlu bawa sekurang-kurangnya sebotol jenis minimum SPF 15. Ia wajar disapu pada permukaan kulit untuk elak lapisan luar tubuh jadi merekah terutama jika cuaca terlalu panas terik tanpa ada payung, pokok rendang atau khemah.

 

Beg kering – Jangan lupa walapun saiz kecil kerana ia boleh mengisi segala barang keperluan anda sekeluarga sebaik-baiknya jenis kalis air agar jika basah terkena hempasan ombak, semua objek di dalam beg itu terutama kamera kecil atau tuala masih selamat dan tidak basah.

 

Beg simpanan – Bawa bersama sebungkus lagi beg tambahan untuk anda masuk segala pakaian basah selepas mandi atau barang kering yang sudah terkena air laut masin asing daripada beg kering.

 

Tikar – Jika anda rancang percutian untuk tempoh seharian suntuk lama daripada pagi hingga petang, adalah lebih baik bawa sebidang tikar atau selendang besar untuk dihamparkan di pasir, sekali gus barangan anda terselamat selain anda boleh baring tidur lena tanpa gangguan.

 

Makanan – Berada di tepi pantai menyebabkan anda mudah cepat lapar dan dahaga. Jadi bawa bersama sedikit makanan ringan dari rumah sama ada dimasak atau snek ringkas seperti biskut dan sandwich yang boleh dikongsi dengan ahli keluarga lain serta rakan-rakan.

 

Pakaian bersih – Tidak lupa membawa beberapa helai pakaian tambahan walaupun anda tidak mandi pun kerana mungkin baju yang anda pakai itu kotor dan memudahkan anda segera menukarkannya jika berlaku kecemasan tanpa perlu balik ke rumah.

 

manualtravel

Bersantai di kawasan pasiran pantai adalah jenis pelancongan yang paling jimat kos dan tidak memerlukan banyak tenaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge