Urus Bayi Kecil Waktu Cuti

Comment

Travel
baby-with-suitcase

Berlibur bersama-sama ahli keluarga merupakan kaedah terapi terbaik bagi anda menikmati saat-saat indah yang tidak dapat dilupakan bagi ibu bapa yang berkerjaya. Namun bagi pasangan yang mempunyai anak kecil, percutian pasti tidak semudah seperti yang dirancang dengan orang dewasa.

 

Sesetengah bayi atau kanak-kanak mudah diuruskan tetapi ada juga anak-anak yang lasak dan sukar untuk dikawal ketika bercuti. Langkah terbaik ialah buat persiapan awal dan perancangan kreatif untuk menguruskan bayi tanpa menjejaskan mood percutian seperti berikut:

 

1. Beg lampin – Kain lampin sama ada pakai buang atau tidak, kain lap, plastik sampah dan bedak perlu diasingkan dalam beg bersaiz kecil serta perlu diletakkan di tempat yang mudah dicapai terutama ketika anda ingin menukar lampin bayi apabila anak kecil itu membuang air besar.

 

2. Pemilihan makanan – Snek ringan merupakan makanan terbaik untuk anak kecil sewaktu bercuti, pemilihan menu pula perlu mempunyai kandungan zat protein yang tinggi seperti kekacang yang memberi tenaga ketika bergerak jauh, namun ibu bapa juga dapat menikmati makanan bersama anak-anak sekali gus menjimatkan bajet.

 

3. Barang permainan – Alat-alat mainan kanak-kanak ialah peralatan penting yang perlu dibawa, sebaiknya ibu bapa membeli permainan baharu kerana ia merupakan cara terbaik untuk membuatkan anak-anak berasa teruja dengan permainan tersebut tanpa mengganggu mood anda.

 

4. Beg sandang – Bagi ibu bapa yang membawa anak berusia kurang setahun, beg sandang bayi merupakan kelengkapan praktikal untuk dibawa selain kereta sorong bayi kerana ia memudahkan pergerakan tanpa sebarang batasan tidak kira di kawasan bandar, taman rekreasi atau kawasan berbukit.

 

5. Pakaian sesuai – Pemilihan pakaian yang mudah dan ringkas dapat memendekkan masa anda ketika menguruskan anak-anak. Bagi bayi perempuan, seluar ketat ialah pilihan untuk menyenangkan anda menukar lampin tanpa buka stoking dan bayi lelaki sebaiknya seluar paras lutut untuk beri keselesaan.
  baby-with-suitcase
Membawa anak bersama pergi melancong bukan sahaja mengeratkan kasih sayang malah mendidik anak kepada pengetahuan dunia baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge