Elak Bosan Dalam Pesawat

Comment

Travel
9

Kepada anda yang mungkin jarang menaiki pesawat atau kali pertama mengembara dengan kapal terbang, duduk statik agak lama pasti menjemukan anda. Justeru, sila amalkan beberapa panduan untuk memastikan perjalanan anda tidak bosan apatah lagi jika penerbangan jarak jauh 

1. Bawa buku nota. Masa yang ada di dalam penerbangan boleh diluangkan dengan menulis nota penting di dalam buku anda. Sekiranya anda di dalam perjalanan untuk melancong, masa yang ada boleh diluangkan untuk mentelaah tempat-tempat yang bakal anda lawati setelah sampai ke destinasi. Jika anda terbang untuk tujuan kerja, boleh juga diluangkan masa untuk menyiapkan kerja-kerja yang masih belum selesai.

2. Dapatkan rehat yang cukup.Mengembara ketika badan keletihan terutama selepas sibuk habis kerja amat perlu dielakkan. Badan yang letih akan membuatkan minda anda hilang fokus, maka berlakulah kejadian-kejadian seperti keciciran pasport, tertinggal kapal terbang, mood yang tidak baik dan sebagainya. Pastikan anda mendapat waktu rehat yang secukupnya pada hari sebelum anda menaiki kapal terbang.

3. Berbual santai. Masa yang lama di dalam kapal terbang adalah tempoh waktu yang amat sesuai untuk anda berbual secara santai dengan ahli keluarga, rakan-rakan ataupun sesiapa sahaja yang duduk di sebelah anda. Berbual akan mengelakkan diri anda daripada berasa bosan. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim dan mungkin memberi idea kepada anda sebaik tiba di lapangan terbang.

4. Daftar masuk awal. Satu perjalanan yang baik bermula dengan permulaan baik. Kalau daripada mula sudah kelam kabut, maka keseluruhan perjalanan jadi tidak menentu. Pastikan anda tiba awal di lapangan terbang dan daftar masuk atau check-in bagasi pada waktu yang disarankan dua jam sebelum pelepasan. Ingat biar datang awal daripada bergegas penat jika tiba lewat.

5. Naik taraf tiket anda. Kepada mereka yang ada bajet lebih, menaik taraf tiket perjalanan anda daripada kelas ekonomi kepada kelas pertama akan memastikan keselesaan yang lebih dengan servis yang lebih bagus. Bagi penerbangan jarak jauh, membeli tiket kelas pertama sebenarnya agak berbaloi. Sesekali mahu merasa menaiki kelas pertama, apa salahnya, bukan begitu?

con_sumopassenger_thumb

Lebih baik isi masa dengan bersembang sepanjang penerbangan untuk elak aktiviti percutian anda daripada terbiar kosong begitu saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge