Tip Penerbangan Jarak Jauh

Comment

Travel
7

Tidak ramai suka jangka masa penerbangan yang lama untuk destinasi jarak jauh. Letih lenguh duduk terperuk di kerusi kecil berjam-jam. Selain itu, akibat tekanan udara berlainan ketika di udara, telinga seperti tersumbat. Di sini dikongsikan beberapa tip mudah untuk bantu anda berasa lebih selesa ketika terperap di dalam penerbangan yang panjang:

1. Pakai pakaian selesa pada hari anda perlu menaiki penerbangan. Tidak perlu bergaya sakan. Pakaian diperbuat daripada kain kapas selesa dan serap peluh. Elak pakaian ketat dan kain keras seperti jeans. Juga kasut tidak ketat dan tapak leper. Berhati-hati kerana perbezaan tekanan udara semasa penerbangan akan buat saiz kaki anda sedikit kembang.

2. Bawa snek walaupun penerbangan ada sedia makanan dan minuman, namun hidangan adalah berjadual. Elakkan ‘kebuluran’ dengan bawa sedikit snek daripada rumah seperti kekacang, buahan kering sesuai untuk basmi kelaparan ketika di dalam pesawat. Pastikan snek anda diletakkan rapi di dalam plastik ziplock untuk mengekalkan kesegaran makanan.

3. Ada bawa ubat kerana anda mungkin jatuh sakit ketika berada di dalam penerbangan. Bawa semua ubatan yang anda perlu agar tidak terlepas waktu memakan ubatan. Walaupun setiap kapal terbang dilengkapi dengan first aid kit, namun ubatan yang spesifik sudah pastinya tidak ada di dalam kotak itu, jadi, jangan terlupa untuk bawa ubatan anda sendiri.

4. Gajet hiburan untuk elak bosan ‘terperangkap di dalam pesawat, habiskan masa anda dengan aktiviti libur seperti tonton filem, main game atau dengar muzik. Ia juga dapat bantu sesetengah orang yang ada sindrom keresahan ketika berada di udara atau di dalam tempat kecil tertutup. Jangan lupa cas gajet anda agar bateri berada di paras maksimum.

5. Kekal segar kerana penerbangan yang lama akan membuatkan muka anda berminyak dan badan berbau lantas membuatkan anda berasa kurang selesa. Bawa barangan penjagaan diri anda di dalam botol-botol bersaiz kecil. Ini dapat membantu anda untuk sentiasa berasa segar sepanjang penerbangan. Facial wipes, breath freshner dan deodorant wajib ada!

long fly

Penerbangan jarak jauh tidak akan menjejaskan percutian jika anda tahu cara yang betul untuk menguruskan diri di dalam pesawat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge