Apabila Berlaku Kecemasan…

Comment

Travel
3

Bukan semua negara yang anda ingin lawati itu berada dalam keadaan aman sentosa, malah ada yang sentiasa bergolak sepanjang masa dan tidak kurang juga yang tiba-tiba boleh pula tercetus kekacauan tanpa sebarang tanda-tanda amaran.

Kebiasaan Wisma Putra iaitu Kementerian Luar Negeri di Putrajaya akan memaklumkan semua pejabat perwakilan Konsulat Malaysia atau Kedutaan Malaysia (bagi negara-negara bukan Komanwel) atau Suruhanjaya Tinggi Malaysia (negara-negara Komanwel).

Memo nasihat perjalanan atau travel adivisory akan segera dikeluarkan tetapi jika anda sudah pun berada di negara tersebut dan kebetulan terperangkap pula dalam insiden kecemasan, berikut disenaraikan antara petua yang boleh dijadikan rujukan:

1. Dapatkan nasihat dan maklumat terkini daripada ketua rombongan anda atau pemandu pelancong atau pun laman internet pihak berkuasa mengenai tahap keselamatan kawasan yang ingin anda lawati sendiri, terutamanya pada waktu malam.

2. Elakkan daripada berjalan kaki secara bersendirian atau melalui kawasan yang sunyi sepi waima pada waktu hari siang, seelok-eloknya biarlah berteman walaupun hanya untuk pergi membeli sedikit makanan ringan dekat hotel penginapan anda.

3. Sekiranya anda dirompak atau diragut, elakkan daripada melawan penjenayah itu kerana anda perlu lebih sentiasa ingat nyawa anda adalah lebih berharga berbanding hilang harta benda yang sebenarnya boleh dicari ganti kemudian.

4. Jauhkan diri anda daripada memasuki kawasan larangan atau bahaya berlaku letupan bom, kejadian pergaduhan, pertelingkahan politik, demonstrasi dengan pasukan polis pencegah rusuhan atau tunjuk perasaan dengan serta-merta.

5. Jika malapetaka bencana alam seperti banjir, tsunami, gempa bumi, angin taufan, puting beliung, ribut pasir, letusan gunung berapi, kebocoran radioaktif dan sebagainya, segera rujuk agensi kecemasan tempatan untuk bantuan pihak kedutaan.

funny-riot-police_1

Elak daripada terlibat dalam apa jua konflik yang meletus di negara tempat anda sedang melancong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge