Rahsia cerita bintang hotel

Comment

Travel
p.txt

Sering digunakan untuk mengelaskan hotel mengikut kualiti, konsep penarafan hotel bertujuan memberitahu pelancong mengenai kemudahan asas yang boleh dijangka. Hari ini gred bintang biasanya dirujuk sebagai kedudukan dan klasifikasi digunakan secara am merujuk kepada konsep yang sama, iaitu kategori hotel, kebanyakannya guna bintang sebagai simbol.

Terdapat pelbagai jenis skim digunakan oleh organisasi hotel yang berbeza di seluruh dunia. Sistem yang melibatkan bintang, dengan lebih banyak bintang yang menunjukkan mewah yang lebih besar. Ia diperkenalkan majalah Forbes Travel Guide, dahulunya Mobil Travel Guide pada 1958. Ada juga guna simbol berlian; bukan bintang, untuk menilai kedudukan hotel dan restoran.

Perkhidmatan makanan, hiburan, variasi bilik seperti saiz dan kemudahan tambahan, spa, pusat kecergasan, akses jalan dan lokasi boleh dipertimbangkan dalam mewujudkan piawaian. Hotel dinilai secara bebas dalam sistem tradisional dan berdasarkan kepada kemudahan disediakan. Ia dianggap merugikan hotel kecil akibat kualiti tempat penginapan yang serba kekurangan seperti lif.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini sistem kedudukan hotel juga dikritik oleh beberapa pakar yang berpendapat bahawa kriteria penilaian bagi sistem tersebut terlalu rumit dan sukar untuk orang biasa memahaminya. Mereka cadangkan bahawa kelemahan sistem global yang seragam untuk senarai kedudukan hotel juga boleh menjejaskan kebolehgunaan skim bintang tersebut.

Sistem pengelasan yang lebih biasa termasuk daripada A kepada F, berlian selain nota kaki memuaskan atau tidak untuk tempat penginapan seperti asrama dan motel. Sistem yang menggunakan syarat seperti Deluxe / Mewah Kelas Pertama / Superior, Kelas Pelancong / Piawaian dan Kelas Bajet / Ekonomi diterima secara meluas sebagai jenis hotel dan bukan standard hotel.

Sesetengah negara ada penarafan oleh badan standard awam antaranya Belgium, Denmark, Greece, Itali, Malta, Belanda, Portugal, Sepanyol dan Hungary. Di Jerman, Austria dan Switzerland, penarafan ditakrifkan oleh persatuan industri hotel masing-masing guna sistem bintang – klasifikasi iaitu Pelancong (*), Standard (**), Selesa (***), Kelas Pertama (****) dan Mewah (*****).

Sejarah penarafan sebenarnya bermula di Switzerland pada 1979 sebelum berkembang di Austria. Namun pengelasan hotel secara rasmi di Jerman bermula pada 1996 dan terbukti sangat berjaya dengan 80% daripada tetamu memetik bintang hotel sebagai kriteria utama dalam pemilihan hotel. Pelaksanaan ini mempengaruhi pembentukan sebuah sistem bintang hotel Eropah.

Di Perancis, penarafan ditakrifkan oleh lembaga pelancongan awam menggunakan sistem 4 bintang sebelum ditukar kepada 5 bintang sejak 2009. Di Afrika Selatan dan Namibia, peraturan yang ketat untuk jenis hotel memberikan sehingga 5 bintang. Di India, klasifikasi hotel oleh Kementerian Pelancongan berdasarkan kepada  kategori seperti “Bintang” dan “Warisan.

Badan induk hotel, restoran dan kafe Eropah yang meliputi 39 persatuan dari 24 negara Eropah menyelaras standard pada 2004. Sistem bintang hotel Eropah berdasarkan kaedah sistem ketat Jerman yang lebih awal secara meluas mempengaruhi klasifikasi hotel di Eropah dan Britain, dengan gred tertinggi 5 bintang dan tambahan tanda Superior serta pemeriksaan ‘tetamu misteri’.

Setakat ini tiada klasifikasi antarabangsa yang diterima pakai meskipun ada percubaan menyatukan sistem klasifikasi supaya ia menjadi standard diiktiraf di peringkat antarabangsa dan boleh dipercayai, tetapi semuanya gagal. Projek World Rating Hotel (WHR) yang bermula tahun 2010 dijangka menyeragamkan klasifikasi bintang yang masih berbeza antara banyak negara.

p.txt2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge