Cerita tentang Seoul, Korea Selatan

Comment

Tempat menarik Travel
obyek-wisata-yang-wajib-dikunjungi-di-korea-selatan-3

Seoul ialah ibu negara dan bandar raya terbesar Korea Selatan, dan juga salah sebuah bandar raya terbesar di dunia dengan lebih 20 juta penduduk.  Kawasan Ibu Negara Seoul ialah kawasan metropolitan kedua terbesar di dunia dengan lebih 24.5 juta penduduk, termasuklah metropolis Incheon dan sebahagian besar wilayah Gyeonggi.  Hampir separuh penduduk Korea Selatan tinggal di Kawasan Ibu Negara Seoul, dan lebih kurang satu suku di Seoul sahaja, menjadikannya pusat ekonomi, politik dan kebudayaan terutama di negara ini.

Oak Valley Ski Resort

Seoul sudah sekian lama menjadi petempatan manusia yang utama sejak pengasasannya sekitar tahun 18 SM, apabila salah sebuah daripada Tiga Kerajaan Korea, iaitu Baekje, menubuhkan ibu kotanya di kawasan yang kini diduduki oleh Seoul tenggara. Ia kekal sebagai ibu kota negara Korea sepanjang Wangsa Joseon dan Empayar Korea. Di Kawasan Ibu Negara Seoul letaknya empat Tapak Warisan Dunia UNESCO: Changdeokgung, Kubu Hwaseong, Kuil Jongmyo dan Kuburan Diraja Wangsa Joseon.

Kini, Seoul dianggap sebagai sebuah bandar raya global peneraju yang dinilai di kalangan sepuluh bandaraya global terunggul di Indeks Bandar Raya Global 2010.  Ia merupakan salah sebuah pusat kewangan dan perdagangan terunggul di dunia, dan pangkalan bagi berbilang syarikat konglomerat multinasional seperti Samsung, LG dan Hyundai-Kia. Pada tahun 2008, Seoul dinamakan sebagai bandaraya yang keenam paling berkuasa dari segi ekonomi oleh majalah Forbes.

Seoul-Cityscape-South-Korea-

Seoul menikmati prasarana yang amat canggih dari segi teknologi.  Digital Media City di Seoul merupakan kompleks pertama di dunia untuk pembuatan aplikasi IT dan multimedia.  Seoul menjadi bandaraya pertama yang menggunakan DMB, sejenis teknologi televisyen mudah alih digital, dan WiBro, sejenis perkhidmatan internet mudah alih tanpa wayar berkelajuan tinggi. Ia mempunyai rangkaian jalur lebar gentian optik yang pantas, dijangka dinaik taraf menjadi 1Gbps pada tahun 2012.  Stesen Seoul menempatkan tren berkelajuan tinggi KTX sepantas 350 km sejam; dan Seoul Subway adalah sistem metro ketiga terbesar di dunia, dengan mengangkut lebih 200 juta penumpang setahun. Seoul dihubungkan melalui AREX ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon yang pernah dinilai sebagai lapangan terbang terbaik oleh Airports Council International.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge