Waktu Sesuai Untuk Melancong di Jepun dan Korea

Comment

Travel
nami-island-korea

Seperti di ketahui ramai Negara Jepun dan Korea mempunya 4 musim, iaitu:-

1) Musim Sejuk (Winter), sekitar Disember – Febuari
2) Bunga (Spring), sekitar Mac – Mei
3) Panas (Summer), sekitar bulan Jun – Ogos
4) Luruh (Autumn), sekitar akhir September – November

 

n3

Situasi musim panas – summer
Cuaca musim ini panas,lebih kurang macam dekat Malaysia.Waktu ini ramai rakyat korea akan ke pantai. Kadang-kadang hujan turun dengan lebat pada musim ini, average temperature 35′c. Kalau pergi masa musim panas ini,sila bawa cermin mata hitam,minum banyak air dan jangan lupa payung

Pakaian :-
Jacket – Tidak perlu.
Sweater – Mengikut keperluan
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya. Lengan pendek memadai bagi lelaki . Jika lengan panjang, fabrik kapas.
Seluar – Tidak tebal.
Sarung Tangan – Tidak Perlu.
Kasut – Yang tidak bertutup lebih sesuai seperti sandal.
Stoking -Mengikut keperluan

outputGZ

winter-sonata-tv-tour-on-nami-island-from-seoul-in-seoul-139212
Situasi musim sejuk – winter
Siapa hendak main salji boleh pilih musim sejuk. Average temperature -10′c. Sejuk..freezing Jangan lupa bawa baju sejuk tebal-tebal ya

Pakaian :-
Winter Coat – Wajib (Melainkan anda Iceman)
Sweater – Manalah tahu kalau winter coat tidak dapat nak warmkan tubuh badan.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.
Seluar – Seluar panjang contohnya jeans, cargo pants atau lain-lain yang sedikit tebal.
Sarung Tangan – Perlu, untuk mengelak tapak tangan anda sejuk dan kebas.
Penutup Telinga – Perlu untuk mengelakkan telinga berdesing.
Kasut – Bertutup, but musim sejuk lebih sesuai.
Stoking – Perlu, amat berguna pada waktu tidur.

spring1

Situasi musim bunga – spring
Siapa hendak tengok bunga sakura boleh datang masa musim ini. dengan langit yang membiru, mesti best jalan-jalan. average temperature 10′c? Masih sejuk kan Jadi jangan lupa bawak jaket tebal

Pakaian :-
Jacket – Wajib. Jacket yang sedikit tebal amat sesuai.
Sweater – Perlu. Kerana di dalam rumah pun kadangkala sejuk.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya
Seluar – Seluar panjang. Jeans atau lain-lain.
Sarung Tangan – Yang tidak terlalu tebal sudah memadai.
Kasut – Bertutup.
Stoking – Stoking yang tidak tebal memadai.

output_biRJ2g

namiisland
Situasi musim luruh – autumn
Masa yang sangat sesuai nak lawat Korea. Boleh tengok daun-daun bertukar warna dan berguguran di bumi. Kebanyakan yang telah sampai musim ini menyatakan pemandangan korea waktu ini sangat cantik.. Average temperature 20′c (agak sejukkan..) Kalau pergi musim ini, sila pakai footware yang sesuai sebab akan banyak berjalan untuk menikmati pemandangan yang indah di Korea

Pakaian :
Jacket – Perlu kerana suhu pada musim ini adalah sejuk!
Sweater – Jika dibawa bersama lebih bagus.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.
Seluar – Seluar panjang lebih sesuai.
Sarung Tangan – Yang tidak tertalu tebal memadai.
Kasut – Bertutup lebih sesuai.
Stoking – Perlu kerana cuaca pada waktu ini dingin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge