Tags:

Tip penting semasa melancong ke Turki.

Comment

Travel
35840116


1) Jangan pergi dengan tour agent yang tiada ada lesen – elak ditangkap di airport. Tapi, jika anda pergi sendiri – sendiri tidak mengapa.

2) Boleh claim tax free refund – Kita, pelancong, boleh claim tax refund di Lapangan Terbang Istanbul (dan juga mungkin lapangan terbang lain dalam Turki). Jika anda dikenakan cukai, jangan lupa claim di kaunter tax refund yang terdapat di airport Istanbul. Bawa bersama resit-resit shopping sebagai bukti jika diminta.

outputGZ

3) Tandas awam di Turki ialah berbayar dan paling murah TL1 (lebih kurang RM1.50). Tapi, tandas di sana agak bersih. Ada juga tandas biasa-biasa. Kebanyakan tandas duduk di Turki ada bidet, tapi bidetnya tidak macam bidet tandas Jepun. Kepala paip bidet biasanya terletak di dinding belakang tandas. Tidak perlu bawa botol air atau wet tissue masuk tandas.

4) Tak perlu apply visa dari Kedutaan Turki di Kuala Lumpur bagi pemegang passport Malaysia sebab kita boleh dapat Visa on Arrival (VOA) di lapangan terbang di Turki. Bagi bukan pemegang passport Malaysia, boleh apply visa online dan bayaran dikenakan ialah bergantung kepada dari negara mana passport anda tu. Kalau dari Amerika Syarikat, kosnya USD20 dan bila dapat visa berbayar tu, periksa samada anda dapat multiple entry ataupun single entry.

5) Pakai selipar semasa ambil wuduk, kemudian pakai stoking untuk masuk dalam masjid. Dilarang berkaki ayam dalam masjid. Kalau tidak, anda akan ditegur kerana itu.

6) Bekas untuk beri tip selalunya disediakan di hotel, restoran dan sebagainya. Tapi, memberi tip bukan amalan di Turki. Tapi kalau hendak bagi, apa salahnya. Apatah lagi jika servis yang diberikan cukup tip top.

7) Bawa duit US Dollar atau Euro untuk ditukar di Turki. Atau, withdraw guna kad ATM dari bank di sana.

      makanan-di-turki
8) Kedai di luar Grand Bazar dan Spice Bazar jual lagi murah dari dalam bazar-bazar yang famous tu. Tahu kenapa? Kerana penjual situ kena markup untuk bagi komisyen kepada tour guide, atau sesiapa yang bawa anda ke sana. Berhenti bargain bila penjual dah bosan, itu tandanya, harga sudah minimum . Hendak lagi murah, boleh pergi shopping di kedai-kedai runcit atau supermarket.

9) Tidak perlu bawa bekalan makanan banyak sebab makanan di sana sangat sedap, HALAL, dan tidak mahal pun. Sandwich besar pun sangat murah di kedai restoran biasa (selalunya ada depan supermarket). Contoh, beli 5 sandwich besar-besar dengan harga TL10 sahaja.

10) Hati-hati dengan kedai yang tiada tanda harga, atau, tanda harga tidak lengkap. Ia boleh jadi harga dalam Lira, harga dalam Euro, atau US Dollar. Tanya harga dahulu sebelum makan atau beli apa-apa.

11) Di Istanbul, ada ramai peminta sedekah dari golongan pelarian Syria. Abaikan sahaja. Bagi satu, nanti sepuluh yang datang. Mereka akan datang dekat anda, dan soalan pertama yang akan ditanya (jika bertudung), “Hal anti muslim?”. Kalau jawab ya, disambungnya, “ana min suryah.. bla bla bla”. Abaikan. Atau, bila anda sedang berjalan, tiba-tiba orang hulurkan buku panduan melancong ke Istanbul, di nasihatkan tidak membelinya.

12) Di kawasan yang ada burung merpati, jangan ambil bekas makanan burung yang dihulurkan. Sebabnya, ia bukan percuma. Anda kena bayar harga makanan burung tu. Walaupun tidak banyak, tapi tidak syok lah kalau tertipu.

13) Merokok ialah perkara biasa, malah wanita bertudung pun merokok berkepul-kepul asap keluar dari mulut. Jika anda merokok, ini mungkin syurga anda. Harga rokok juga murah, dan ada banyak pilihan.

output_biRJ2g
14) Beli Muzeum Pass (TL80) yang boleh digunakan untuk masuk ke berpuluh muzium (Hagia Sofia, Topkapi Palace dll). Dengan ada pass ni, anda tidak perlu beratur untuk beli tiket. Rugi masa beratur di tourist area di Istanbul, barisannya agak panjang. Muzeum Pass boleh dibeli di kaunter mana-mana tempat jualan tiket. Ia sah untuk dua atau tiga hari bergantung kepada pass yang anda beli.

15) Di Airport Ataturk tu ada TRAVELBOX. Fungsinya, duit lebihan yang ada tu boleh ditukar kepada kredit PayPal, Skype, Skrill dan sebagainya.

Ia boleh didapati di:

Near gate 212
Outside gate 213
Outside gate 218
Near gate 221
Outside gate 302
Outside gate 304
Business Lounge circle (2nd floor)
Domestic Terminal

cc kepada travelog.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge